Luar Negara

Kesebelasan terbaik jika 11 bekas pemain Borussia Dortmund digandingkan

Bundesliga

Liga Jerman ini sering dilabel sebagai platform yang hanya mengandungi satu skuad gergasi, iaitu Bayern Munich – pasukan yang sudah mendominasi pentas Bundesliga semenjak 30-40 lepas. Malah, Bayern berjaya muncul sebagai juara liga untuk kali kelima berturut-turut pada musim panas lepas.

Hanya satu pasukan yang berjaya memberi cabaran sengit kepada legasi Bayern semenjak 10 tahun lepas, iaitu Borussia Dortmund. Tatkala Bayern mengayam-ayamkan kebanyakan pasukan, Stuttgart tampil dengan aksi cemerlang untuk menjadi juara Bundesliga pada tahun 2011 dan 2012, selain berjaya mara ke final Liga Juara Juara Eropah pada tahun 2013.

Tetapi, kebolehan Dortmund memberi saingan kepada Bayern menerima tamparan hebat sepanjang lima tahun lepas. Satu demi satu pemain bintang mereka meninggalkan Signal Iduna Park – malah ada yang turut memilih untuk menyertai Bayern, termasuk Mario Goetze, Robert Lewandowski dan juga Mats Hummels.

Cuba bayang jika bintang-bintang ini dikekalkan oleh pihak pengurusan Dortmund? Berikut adalah kesebelasan terbaik yang boleh ditubuhkan, sekiranya kita membawa masuk 11 bekas pemain Der BVB.

Penjaga Gol: MITCH LANGERAK

Meskipun berada di Signal Iduna Park untuk enam tahun, Mitch Langerak gagal membuktikan kemampuannya bersama gergasi bolasepak Jerman itu. Tetapi, dia menjadi ‘back-up’ kepada Roman Weidenfeller, sebelum membuat keputusan untuk berpindah ke Stuttgart dan Levante, sebelum akhirnya menyertai Nagoya Grampus Eight di Jepun baru-baru ini.

Pertahanan: Kevin GROßKREUTZ

Großkreutz boleh dikatakan anda pemain paling penting dalam skuad Dortmund, sepanjang zaman kegemilangan mereka di antara tahun 2009 hingga tahun 2015, termasuk apabila mereka berjaya mara ke final Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2014. Dia akhirnya menyertai Galatasaray pada tahun 2015, sebelum kembali ke Bundesliga hanya satu tahun selepas itu. Kini, dia bermain untuk Darmstadt.

Pertahanan: MATS HUMMELS

Apa lagi yang perlu diperkatakan tentang tonggak pertahanan skuad kebangsaan Jerman ini? Selepas berkembang menjadi antara pemain pertahanan terbaik dalam sejarah kelab itu, dia membuat keputusan untuk berpindah ke Bayern Munich – keputusan yang menjadikannya musuh utama peminat Der BVB pada ketika ini.

Pertahanan: MARC BARTRA

Selepas menjadi mangsa kecederaan apabila bas skuad Dortmund diserang ledakan bom pada April 2017, Bartra berjaya bangkit semula beraksi untuk skuad pertama, Namun, dia sering bergelut dengan prestasi semasa dan akhirnya diberi kebenaran untuk menyertai Real Betis pada bulan Januari lalu.

Pertahanan: SVEN BENDER

Tidak ramai yang mengetahui bahawa Sven Bender merupakan kembar bintang Bayer Leverkusen, Lars Bender. Walaupun kedua-dua pemain ini beraksi untuk Leverkusen musim ini, Lars sebelum ini menjadi antara pemain yang paling disayangi oleh pemint Der BVB, dengan 224 penampilan untuk kelab itu.

Tengah: HENRIKH MKHITARYAN

Bintang Armenia ini baru sahaja menyertai Arsenal daripada Manchester United. Tetapi sebelum dia bermain di Old Trafford, Mkhitaryan mencipta nama sebagai antara playmaker terbaik di dunia ketika menyarung jersi Borussia Dortmund. Namun, dia hanya berjaya membantu mereka memenangi satu piala, iaitu Piala Super Jerman pada tahun 2014.

Tengah: İlKAY GUNDOGAN

20 juta pounds. Itu sahaja jumlah wang yang dibayar oleh Manchester City untuk membeli Ilkay Gundogan daripada Borussia Dortmund. Jika fikirkan dengan teliti, jumlah tersebut cukup kecil untuk seorang pemain yang mampu mengawal tempo sesuatu perlawanan yang cukup mudah di atas padang. Malangnya, masa Gundogan di Signal Iduna Park sering dibelenggu dengan masalah kecederaan.

Tengah: IVAN PERISIC 

Ramai yang tidak mengetahui bahawa bintang Inter Milan ini bermain untuk Borussia Dortmund suatu masa dahulu. Kini, dia sudah memasuki golongan pemain sayap yang sering menarik perhatian kelab-kelab gergasi seperti Manchester United.

Penyerang: OUSMANE DEMBELE

Borussia Dortmund membayar 15 juta euros untuk mendapatkan Ousmane Dembele daripada Rennes pada tahun 2016. Hanya satu tahun kemudian, Dembele berhijrah ke Barcelona untuk 140 juta euros. 125 juta euros merupakan jumlah yang cukup besar tetapi Der BVB sememangnya merasai kehilangan pemain tersebut di pentas Bundesliga dan Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Penyerang: ROBERT LEWANDOWSKI

103 gol dalam 187 penampilan. Itu rekod Robert Lewandowski bersama Borussia Dortmund sebelum dia berhijrah ke Bayern Munich pada pertengahan tahun 2014. Penyerang berbangsa Poland itu bukan sahaja tajam di hadapan gol, malah dia turut menunjukkan tahap kesefahaman yang baik dengan pemain-pemain lain di Dortmund, sepanjang masanya di Signal Iduna Park.

Penyerang: PIERRE-EMERICK AUBAMEYANG

Jika Aubameyang dan Mkhitaryan sering bergabung dengan efektif untuk Borussia Dortmund pada suatu masa dahulu, kedua-dua pemain tersebut kini bermain untuk Arsenal. Aubameyang bukan sahaja mampu bermain sebagai penyerang utama, malah dia turut boleh beraksi di bahagian sayap kiri dan kanan, selain berfungsi sebagai playmaker.