Luar Negara

Carlton Cole Pilih Persib Bandung Kerana Mahu Dekat Dengan Isterinya Warga Malaysia

Hari ini secara rasmi Persib Bandung memperkenalkan pemain import terbaru mereka, bekas penyerang kelab Liga Perdana Inggeris, West Ham United, Carlton Cole.

Menurut sumber kami dari Indonesia, Cole bersetuju untuk menandatangani kontrak bernilai USD375,000 / RM1.7 juta setahun selama satu musim.

Selain itu, faktor untuk berada dekat dengan keluarga juga menjadi sebab utama Cole menerima tawaran Persib Bandung. Isterinya, Sofia, merupakan seorang warga Malaysia dan jarak diantara Bandung ke Malaysia hanya 2 jam penerbangan sahaja. Mereka mengenali diantara satu sama lain semasa Cole beraksi untuk Sacramento Republic FC, Amerika Syarikat.

Mengapa Tidak Memilih Beraksi Untuk Liga Malaysia?

“Tidak, saya melihat pertandingan bola sepak di Indonesia lebih menarik,” katanya.

“Saya tahu kalau Persib mempunyai ramai fans fanatik. Ini membuatkan saya bersemangat ingin bermain di kelab ini. Bermain di hadapan puluhan ribu fans merupakan sesuatu yang membanggakan bagi seorang pemain bola sepak , tak terkecuali saya,” ujar Cole.

“Saya sudah biasa makan masakan ala Malaysia yang hampir mirip rasanya dengan Indonesia. Soal gaya bermain sepak bola Indonesia, saya yakin juga mampu beradaptasi dengan cepat.”

Pemain Import ke 4 Persib Bandung

Cole merupakan pemain import ke 4 pasukan Persib Bandung selepas Michael Essien, Vladimir Vujovic, serta Shohei Matsunaga.

Video Ketibaan Carlton Cole