Berita

Bekas Kapten Johor FA 1998, Darren Stewart Sah Jurulatih Baru Maldives

milan.darrenSalah seorang pemain lagenda Johor FA, Darren Stewart, juga merupakan kapten pasukan ‘Jengking’ yang menjuarai Piala FA pada 1998 telah disahkan akan menggantikan Ricky Herbert sebagai ketua jurulatih baru pasukan kebangsaan Maldives mulai Ogos nanti.

Darren Stewart pernah 2 kali beraksi bersama Johor FA pada musim 1994-1995 dan 1998, sebelum menamatkan karier sebagai pemain bola sepak profesional bersama Balestier Central pada 2001.

Beliau pernah membimbing pasukan Balestier Khalsa musim 2013 dan membawa pasukan itu menjuarai Liga S, namun itu masih belum cukup untuk meyakinkan pengurusan kelab menyambung kontraknya bagi musim 2014.

johor2

Selepas itu beliau dilantik menjadi jurulatih pasukan Woodland Wellington, tetapi disebabkan prestasi yang teruk, Darren Stewart akhirnya meletakkan jawatannya disitu.

Menurut Persatuan Bola Sepak Maldives (FAM), tugas pertama Stewart adalah pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2019, dimana Maldives akan bertemu Laos pada September dan Oktober nanti.