Berita

Issey Nakajima Farran: Ikon Terengganu FA Yang Berjiwa Kental

Artikel ini pernah kami terbitkan pada 23 April 2016 melalui Facebook J League Malaysia. Ia diterbitkan sekali lagi, atas permintaan ramai yang ingin mengetahui sedikit sebanyak latar belakang “ikon” pasukan Terengganu FA ini.

447be77c-d385-41c7-a2a1-3a899d956787

Beliau pernah menjalani uji bakat bersama Tokyo Verdy pada usia 9 tahun, dan berjaya sehingga ke peringkat 3 terbaik dari 800 kanak kanak yang datang mencuba nasib. Walaubagaimana pun, hanya seorang sahaja terpilih dan Issey salah seorang yang tidak berjaya.

Beliau cukup kecewa kerana gagal dan tidak mahu bermain bola sepak lagi sehingga bapanya berkata, ” Jika benar kamu ingin menjadi pemain bola sepak, kamu perlu berlatih setiap hari secara konsisten cuba lagi 8 bulan akan datang”.

Setiap hari selama satu jam, bapanya akan membawa Issey berlatih disekitar kawasan Sungai Tama, sebelum bergegas menaiki keretapi untuk ke sekolah.

8 bulan selepas itu Issey sekali lagi mencuba nasib dan berjaya diterima masuk ke Tokyo Verdy. Setahun selepas itu, disebabkan urusan perniagaan restoran bapanya, Issey sekeluarga telah berpindah ke England dan beliau telah menyertai pasukan remaja Crystal Palace.

Issey+Nakajima+Farran+League+Rd+24+Newcastle+NrWIsUjn_rKl

Namun, disebabkan desakan kelab yang mahukan beliau berhenti sekolah dan memberikan komitmen penuh kepada bola sepak, Issey telah berhenti dari pasukan remaja Crystal Palace kerana merasakan pendidikan itu penting bagi dirinya. Beliau kembali ke Tokyo Verdy tanpa keluarganya bagi meneruskan cita cita. Beliau berjaya menamatkan pelajarannya di Yokohama International School dan menerima diploma disana.

Beliau jarang diturunkan dalam kesebelasan utama Tokyo Verdy, dan pernah juga diherdik oleh jurulatihnya – ” Hei ‘orang luar’, balik ke negara asal kamu!”. Issey merasa sangat tertekan dengan situasi yang dihadapinya, namun dengan semangat yang diberikan oleh bapanya, beliau terus bersikap positif.

Issey_Down_copy
Dalam satu kejohanan besar yang disertai oleh Tokyo Verdy, Issey menjadi watak penting dalam kemenangan kelabnya, dan ramai pencari bakat kelab Jepun memerhatikan beliau. Setelah itu, Issey berjaya mengikat kontrak profesional pertamanya bersama Albirex Niigata.

Walaupun begitu, nasib Issey Farran tidak begitu baik. Beliau terus dipinggirkan Albirex tanpa diberi peluang untuk membuat penampilan bersama Albirex. Kemudian beliau telah dihantar ke Singapura bagi menyertai feeder club, Albirex Niigata Singapore. Beliau menjaringkan 26 gol dalam 44 perlawanan dan terpilih sebagai S League Young Player of the Year.

download

Layanan buruk jurulatihnya semasa berada di Tokyo Verdy dan Albirex Niigata, masih segar dalam ingatan. Beliau bertekad untuk membuktikan bahawa dia mempunyai bakat hebat dan bukan sekadar penumpang. Issey menyertai pasukan  Singapura U20 sebagai pemain jemputan dan dalam perlawanan Tiger Beer Challenge Trophy menentang pasukan Japan U20, beliau telah menjaringkan 2 gol beserta Man of the Match.

Namun, ego jurulatih Jepun cukup tinggi. Menurut Issey, dalam suatu sidang media selepas perlawanan, jurulatih Jepun membuat kenyataan bahawa, “Jepun telah mempunyai ramai pemain yang lebih berbakat darinya, dan kami tidak memerlukan Issey. Selamat Maju Jaya Issey walau dimana anda berada.”

Selepas detik inilah Issey memutuskan bahawa beliau akan mencuba nasib di Kanada sehinggalah sekarang, Issey Nakajima Farran beraksi bersama pasukan Liga Super Malaysia, Terengganu.