Piala Dunia 2018 Luar Negara

Skuad Perancis yang menjuarai Piala Dunia 1998, di mana mereka sekarang?

Meraih gelaran juara Piala Dunia 1998 membolehkan skuad kebangsaan Perancis meraih trofi pertama mereka, sekaligus menjadi pencapaian terbaik dalam kejohanan tersebut. Tiada siapa menyangka pasukan yang diperkuatkan oleh pemain-pemain seperti Zinedine Zidane, Marcel Desailly, Youri Djorkaeff dan lain-lain mampu menundukkan Brazil yang sama bagus, dengan keputusan 3-0.

Karier bintang Perancis tentunya tidak berakhir setakat itu. Mereka masing-masing mempunya tujuan dan masa depan sendiri. Justeru, dimanakah hala tuju mereka selepas menjulang trofi itu, 18 tahun lalu?

Fabien Barthez

Barthez kini sedang bergiat dalam dunia permotoran, salah satu sukan yang disukai selain bola sepak. Ketika ini, dia menjadi pelumba rally profesional.

Lilian Thuram

Thuram terjun ke dunia politik selepas mengakhiri karier bola sepak. Dia menjadi watak penting dalam beberapa protes di Perancis yang menentang isu perkauman.

Franck Lebouef

Lebouef mengambil beberapa langkah berbeza selepas menggantung kasut bolanya. Pemain tengah bertahan yang mampu beraksi sebagai pertahanan ini pernah menjadi pelakon dan pengulas bola sepak.

Marcel Desailly

Desailly adalah kunci utama Perancis di Piala Dunia. Selepas bersara, dia bekerja dalam bidang media, namun lebih banyak meluangkan masa dengan kegiatan amal.

Bixente Lizarazu

Selepas pencen, Lizarazu mempelajari sukan Jiujitsu dan menyertai pertandingannya di Eropah pada 2009. Dalam kejohanan itu, dia berjaya meraih Sabuk Biru Senior 1 di kelas lightheavyweight. Ketika ini, dia bertugas sebagai pengulas untuk rancangan televisyen dan radio di Perancis.

Didier Deschamps

Deschamps masih bergelut dalam dunia bola sepak sebagai pengurus skuad kebangsaan Perancis ketika ini. Dia telah mengemudi pasukan itu sejak 2012 dan tentunya akan cuba mengulangi kejayaan yang diraih 20 tahun lalu.

Christian Karembeu

Sama seperti rakan-rakannya, Karembeu masih aktif dalam dunia bola sepak selepas bersara. Kini, dia adalah Penasihat Strategi buat kelab dari Greece, Olympiakos, serta sedang memperkembangkan liga Australia, A-League.

Emmanuel Petit

Selepas menikmati kejayaan bersama beberapa pasukan besar seperti Arsenal dan Barcelona, Petit kini menjadi duta buat Homeless World Cup sejak 2011.

Zinedine Zidane

Zidane sama seperti Deschamps, bergelar jurulatih di Real Madrid. Zidane menjadi salah seorang pengurus mudah yang berpotensi di dunia ini selepas menjuarai Liga Juara-Juara Eropah sebanyak dua kali berturut-turut.

Youri Djorkaeff

Pemain yang memiliki skil tinggi, Djorkaeff telah membarisi skuad Perancis sejak awal 90 an. Selepas tiga tahun bersama Inter Milan, dia berpindah ke Kaiserslautern pada 1999. Dari Jerman, dia menyertai Bolton Wanderers dan menikmati permainan bersama-sama Jay-Jay Okocha. Pada 2006, dia bersara selepas beraksi semusim bersama New York Red Bulls.

Stephane Guivarch

Guivarch menjadi penyerang terburuk dalam sejarah Liga Perdana Inggeris ketika bersama Newcastle United. Ketika ini, dia menjalankan sebuah perniagaan dan bergelar usahawan di Perancis.

Alain Boghossian

Boghossian adalah salah seorang pemain pengganti di Piala Dunia 1998. Pemain tengah yang berjaya di Itali ini pencen pada 2003 selepas beraksi semusim bersama Espanyol dan telah tampil sebanyak 26 kali buat Les Bleus.

Christophe Dugarry

Selepas Piala Dunia 1998 tamat, Dugarry adalah antara watak utama Perancis yang telah berhijrah kelab berpindah ke Marseille. Selepas itu, dia menyertai Bordeaux sebelum dipinjamkan secara mengejut ke Birmingham City pada 2003. Dia menjadi kegemaran penyokong-penyokong kerana membantu pasukan mengelakkan mereka daripada tersingkir ke liga bawahan, sebelum bersara pada 2005.

Patrick Vieira

Vieira kini adalah pengurus New York City FC, dimana dia menjadi jurulatih buat pemain seperti David Villa dan pernah menguruskan bintang legenda seperti Frank Lampard dan Andrea Pirlo.