Luar Negara Eropah

Davide Iovinella, pemain bola sepak Itali yang menjadi pelakon filem lucah

Menjadi seorang pemain bola sepak professional tentunya menjadi impian ramai orang di dunia ini. Untuk meraih cita-cita itu, ramai antara mereka yang menghabiskan waktu muda dengan sesi latihan dan usaha keras. Bergelar pemain bola sepak adalah satu pekerjaan yang popular, terutama di Eropah. Sebab itu mereka sering dijadikan sebagai idola.

Bagaimanapun, tidak bererti semua pemain bola sepak menikmati pekerjaannya. Salah satu contohnya adalah Davide Iovinella. Pemain berusia 24 tahun dari Itali ini baru sahaja menamatkan karier sebagai pemain ASD Calcoi Pomigliano, sebuah kelab yang beraksi di pentas Serie D Itali. Apa yang menarik, dia memilih kerjaya yang jarang dilakukan apabila seorang pemain menamatkan karier, iaitu menjadi bintang filem lucah.

Iovinella secara rasmi menjadi pelakon filem lucah selepas lulus temuduga yang diadakan oleh penerbit filem lucah terkenal dari Itali, Rocco Siffredi, yang dikenali dengan dengan adegan yang keras. Iovinella kini telah berada di Budapest, Hungary, dimana letaknya studio milik Siffredi. Dalam dunia barunya itu, Iovinella menggunakan nama Davide Montana.

Iovinella sendiri akui bahawa kerjaya barunya itu telah memberikan satu pengalaman baru buatnya.

“Hal ini jelas berbeza ketika anda tidur bersama pasangan anda kerana ia memerlukan anda untuk lebih stabil dan bekerja keras,” kata Iovinella kepada The Sun.

Bagaimanapun, dia belum dapat melupakan bola sepak. Dia menjelaskan, mungkin akan mencari kelab tempatan di Budapest, untuk sekadar tontonan.

Iovinella mengakui bahawa dia terpaksa melakukannya kerana pendapatan sebagai pemain bola sepak tidak cukup dalam kehidupannya. Sebagai pemain yang beraksi di pentas divisyen empat, tentunya keluhan Iovinella itu sesuatu yang logik.

Iovinella bukanlah satu-satunya pemain yang berhijrah daripada pemain bola sepak kepada pelakon filem lucah. Pada 2011, Jonathan De Falco, pemain berasal Belgium juga terjun ke dunia tersebut. Apa yang menarik, De Falco bukan pelakon biasa tetapi pelakon khas untuk golongan sesame jenis (gay). Bekas pemain Racing Mechelen ini juga menjelaskan bahawa dunia bola sepak masih belum sedia untuk menerima kehadiran pemain bola sepak gay.

Adakah akan ada pemain lain yang mahu mengikut jejak langkah De Falco dan Iovinella.