Kolum

90 Minit perlawanan senarai makanan seorang pemain bola

Bola sepak adalah sukan yang memerlukan stamina yang banyak. Pemain profesional memerlukan konsistensi dalam memastikan kecergasan mereka di tahap tertinggi.

Walau bagaimanapun, ianya bukan sahaja bergantung kepada latihan di padang tetapi juga cara pemakan pemain-pemain tersebut.

Para pemain memerlukan makanan yang bersih, diet yang seimbang dan juga pengambilan protein serta carbohydrates yang terus menerus bagi memastikan kecergasan mereka di tahap tertinggi.

Jom kami bawakan aksi 90 minit senarai makanan yang wajib ada dalam diet seorang pemain bola bagi menambahbaik prestasi dan mempercepatkan pemulihan tubuh badan mereka.

Minit ke 10 – Ikan untuk tubuh yang sihat

Ikan seperti Salmon mengandungi lemak-lemak sihat seperti Omega 3. Ia memberi kesan yang baik dalam mengurangkan jangkitan kuman, penyakit berjangkit atau kecederaan ketika menjalani latihan. Omega 3 dapat membantu pemain bola sepak pulih dengan pantas bagi membolehkan mereka berlatih lebih keras.

Pengambilan ikan dua kali seminggu adalah cara terbaik untuk memastikan pengambilan Omega 3 yang optimum. 

Minit ke 20 – Susu untuk tulang yang keras.

Susu adalah salah satu cara lain untuk membantu memulihkan badan anda dengan pantas selepas latihan yang panjang. Tahap protein yang tinggi memberi kesan yang baik bagi memulihkan dan menguatkan otot anda. Selain daripada itu, kalsium yang tinggi daripada susu mampu menguatkan tulang serta mampu memberi tenaga lebih kepada pemain bola.

Pengambilan susu dengan kerap mampu untuk meningkatkan tahap hidrasi anda.

Minit ke 30 – Telur untuk pemulihan otot

Telur adalah sumber protein yang baik. Ia memberi kesan dalam menyokong pembaikan otot selepas latihan atau perlawanan bola. Telur juga disokong dengan asid amino yang membantu memperbaiki otot anda dengan cepat.

Selain itu, lemak dalam telur mampu untuk menurunkan kolestrol darah serta memberi kebaikan kepada tahap mental anda menjelang perlawanan bola.

Minit ke 40 – Bayam untuk mental yang kuat

Bayam adalah salah satu makanan penting bagi pemain bola. Bayam dalam erti kata lain adalah salah satu makanan yang dimakan bagi menguatkan tubuh badan pemain bola.

Kandungannya yang kaya dengan zat besi memberi kesan positif kepada kualiti darah, sambil memulihkan tahap tenaga yang dikeluarkan oleh pemain bola. Selain daripada itu, bayam kaya dengan Vitamin A dan K yang membantu mengurangkan radang serta meningkatkan kesihatan tulang.

Pengambilan sayur secara konsisten juga mampu memberi kesan yang baik buat mental seorang pemain bola bagi meningkatkan fokus mereka menjelang perlawanan-perlawanan penting

Minit ke 50 – Blueberries baik ketika pra-perlawanan

Blueberries baru-baru ini telah dijadikan makanan wajib oleh para ahli sukan. Bukan sahaja rasanya yang lazat, tetapi ia juga baik untuk diambil sebagai makanan pra-perlawanan.

Ia bukan sahaja mengandungi anti-oksidan yang dapat melindungi tubuh pemain dari kesan negatif, ia juga mampu menghalang pertumbuhan sel-sel lemak yang tidak baik untuk badan pemain.

Ditambah pula dengan Vitamin C dan K yang dapat membantu pemain merasa bertenaga, memperbaiki tulang serta melindungi dari penyakit berjangkit.

Minit ke 60 – Avocado mengekalkan tenaga 90 minit

Buah-buahan hijau ini merupakan sumber serat yang sangat baik untuk usus yang sihat dan boleh menyumbang kepada penurunan berat badan.

Avocado juga penuh dengan lemak berkualiti yang membuatkan anda sihat dan mengekalkan fungsi badan anda dan 

ini adalah antara nutrisi yang baik terdapat dalam avocado, Vitamin K, Folat, Vitamin C, Kalium, Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin E, magnesium, mangan, tembaga, besi, zink, fosforus, Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin B2 dan Vitamin B3.

Nutrisi ini memberi banyak manfaat kesihatan, seperti: mengekalkan sistem imun yang sihat, menghasilkan hormon dan bantuan dalam pertumbuhan dan perkembangan normal – tiga faktor penting untuk membantu pemulihan dan meningkatkan prestasi di padang bola sepak.

 

Minit ke 70 – Beetroot cepatkan proses pemulihan, separuh masa pertama

Sayuran kecil ini adalah tambahan kepada kebanyakan salad gaya bistro, tetapi kesan baik kepada kesihatan termasuk pengurangan keradangan, mempercepatkan proses pemulihan serta memperlihatkan prestasi, kelajuan dan tumpuan mental.

Plus, ia juga dapat memberi anda rangsangan berguna dalam stamina. Bagaimana? Nitrates. Bahan semulajadi ini berubah menjadi oksida nitrat dalam tubuh, mengurangkan kos oksigen untuk perlawanan biasa dan meningkatkan toleransi untuk perlawanan yang sengit.

Minit ke 80. Air untuk menyegarkan tubuh anda sepanjang perlawanan

Pengambilan air pula boleh membantu mengekalkan berat badan. Ini bermakna jika seseorang itu minum lebih dari 2 liter sehari air masak, ianya dapat meningkatkan jumlah pengeluaran tenaga sehingga 96 kalori sehari.

Waktu terbaik untuk minum air kosong adalah setengah jam sebelum anda makan makanan yang berat manakala bagi pemain bola sepak, minum lebih banyak air sebelum perlawanan bermula bakal memberikan anda lebih tenaga.

Bagi Begovic bekas penjaga gol Chelsea, pengambilan air yang banyak mampu membantu seseorang pemain itu kekal hidrasi sepanjang perlawanan. 

“Salah satu perkara yang paling penting juga adalah untuk kekal hidrasi, jadi kami mempunyai banyak air, minuman tenaga, perkara yang akan membuatkan anda kekal cergas selama 90 minit.” Katanya kepada BBC.

Adalah penting bagi pemain bola untuk makan makanan yang seimbang serta minum air yang secukupnya bagi membantu anda menjadi pemain yang kekal cergas sepanjang perlawanan.

Minit ke 90 – Makan untuk pemenang! Ikan, ayam atau sayur-sayuran?

Ketiga-tiga makanan ini baik diambil selepas perlawanan untuk memberi anda tenaga yang lebih untuk kekal cergas.

Ayam dan ikan adalah sumber protein yang rendah lemak, tetapi syaratnya anda perlu makan-makanan ini bersama sayur-sayuran, boleh pilih terus sayuran yang kami senaraikan kat atas.

Cili sayur-sayuran buatan sendiri adalah cara mudah untuk mendapatkan protein, vitamin dan serat. Hidangkan bersama-sama dengan beras perang. Kacang dan tauhu adalah sumber protein yang hebat juga.

Untuk korang yang nak dapatkan semua senarai makanan seorang pemain bola, boleh terus dapatkan semua ini di HappyFresh. Apa kata korang pakai promo kod LOVESPORT13 untuk dapatkan diskaun RM 13 dan penghantaran percuma. Syarat wajib promo kod ini adalah pembelian korang mesti paling minimum RM 100.

Tambahan daripada itu, korang juga boleh beli daripada pasaraya kesukaan korang, seperti Tesco, Mydin, Giant, AEON dan banyak lagi!

Tapi ingat, ini hanya untuk pengguna baharu sahaja, boleh baca terma & syarat kat bawah ni. Selamat jalani hidup sihat dan selamat membeli belah! Hanya di HappyFresh!

 Terma & Syarat:

  1. Terhad kepada 500 orang pelanggan baru sahaja. 
  2. Baucar sah sehingga 15 Ogos 2019, sehingga jam 11:59 malam sahaja.
  3. Pembelian minimum sebanyak RM100 dalam satu resit diperlukan untuk mendapat diskaun RM13 + penghantaran PERCUMA.
  4. Boleh di pakai di SEMUA cawangan HappyFresh.
  5. Promosi ini tidak termasuk SEMUA pelanggan HappyCorporate.
  6. Sah untuk kawasan terpilih di Lembah Klang, Pulau Pinang (kecuali Teluk Bahang, Seberang Perai, Pulau Pinang dan Balik Pulau) & Johor Bahru (kecuali Sg. Tiram, Pulai, Jelutong, Senai, Tanjung Kupang, dan Singapura). Kesedian pasaraya mungkin berbeza-beza bergantung pada lokasi sebenar anda.
  7. Baucer hanya sah pada aplikasi mudah alih HappyFresh (iOS & Android).
  8. Kod Baucer HARUS dimasukkan semasa pemeriksaan. Kegagalan berbuat demikian tidak akan dilayan.
  9. Permintaan untuk memohon kod baucer selepas pengesahan pesanan tidak akan dilayan.
  10. Penggunaan pelbagai baucar aplikasi merentas pelbagai transaksi dan / atau elemen penipuan akan menyebabkan pembatalan pesanan.
  11. Terhad kepada SATU penggunaan untuk pelanggan & sah untuk SATU pembelian keseluruhan sahaja.
  12. Penghantaran sahaja. Tiada pilihan pengambilan tersedia.
  13. Jumlah diskaun didasarkan pada jumlah harga barang yang dihantar (iaitu tidak termasuk harga saham luar dan / atau item yang ditolak).
  14. HappyFresh berhak untuk menukar, mengubah suai, menambah atau mengalih keluar bahagian Terma dan Syarat penggunaan ini pada bila-bila masa tanpa notis.