Luar Negara Berita

Polis lanjut siasatan tuduhan rogol Neymar kepada 30 hari

Mahkamah Brazil telah membenarkan polis melanjutkan siasatan selama 30 hari terhadap tuduhan serangan seksual Neymar.

Sebelum ini, Najila Trindade, seorang model, telah membuat tuduhan terhadap bintang Paris Saint Germain bahawa beliau di rogol pada 15 Mei lalu di sebuah hotel di sekitar Perancis.

Menurut Marca, pihak berkuasa telah menerima rakaman video di mana kedua-duanya bertemu, namun pihak berkuasa masih belum menganalisis video tersebut.

Trindade kembali ke Brazil selepas kejadian itu dan 10 hari kemudian dia memfailkan aduan terhadap Neymar, sebelum bintang Brazil itu menyatakan pendirian tidak bersalah.