Liga Super Malaysia Berita

Syamim Yahya Pulang Ke Terengganu

Ahmad Syamim Yahya, bekas pemain T-Team kembali berkhidmat di bumi Terengganu tetapi dengan pasukan yang berbeza iaitu Terengganu FC (TFC)

Beliau yang sebelum ini beraksi bersama FELDA United telah membuat keputusan untuk pulang Terengganu setelah lima tahun meninggalkan negeri itu.

“Walaupun situasi ketika beraksi bersama T-Team lima tahun lalu pastinya berbeza apatah lagi ketika itu saya baharu berumur 23 tahun, tapi kehadiran semula ke Terengganu tetap mempunyai misi yang sama.

“Seperti mana pemain lain, saya bertekad merangkul sekurang-kurangnya satu trofi bersama Terengganu, lebih-lebih lagi setakat ini baharu satu kejuaraan Liga Perdana berjaya diraih,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau turut menjelaskan bahawa keputusan untuk menyarung jersi TFC adalah kerana mahu berkhidmat di bawah kendalian Irfan Bakti.

“Saya mendapat panggilan daripada Irfan, jadi  tidak mahu melepaskan peluang itu, lebih-lebih lagi  sudah biasa dengannya yang juga antara jurulatih paling lama  pernah saya berguru.

“Selain itu, faktor ramai rakan sepasukan dalam skuad TFC ini menguatkan saya untuk memilih skuad ini,” kata beliau kepada Berita Harian.