Luar Negara Berita

Maradona Berang Diejek

Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona berang selepas menerima hinaan dan kritikan daripada pasukan lawan sehingga terpaksa ditenangkan ketika pasukannya kendaliannya, Dorados of Sinaloa  tewas pada aksi final divisyen dua Mexico.

Pasukan beliau secara agregat pada Ahad lalu ke atas Atletico San Luis pada masa tambahan sekaligus gagal merangkul gelaran dan dinaikkan pangkat ke divisyen satu.

Sejurus selepas perlawanan, kedengaran penyokong pasukan lawan menjerit kepada beliau, “Telan ia Maradona”

Dalam rakaman video yang tular di media sosial, Maradona kelihatan seperti mahu menyerang penyokong pihak lawan tetapi berjaya ditahan oleh pengawal keselematan.

“Kamu anak… tidak guna, datang ke sini dan cakap di depan saya!” Jerit Maradona dalam keadaan marah sebelum ditenangkan pengawal keselamatan.

Lagenda Argentina terpaksa meninggalkan padang setelah beliau mengkritik keputusan pengadil yang tidak menghadiahkan penalti kepada pasukannya.

Sebelum ini, Maradona yang terpalit dengan isu penggunaan dadah membuat kejutan dengan mengumumkan akan mengendali kelab daripada Mexico. Beliau menerima kritikan daripada peminat bolasepak kerana berpindah ke negara yang mempunyai pengedaran dadah yang tinggi.

Tetapi beliau menjawab kritikan tersebut dengan kemengan demi kemenangan sehingga hampir pasti membawa kelab kendalian beliau naik ke divisyen satu.