Liga Super Malaysia Berita

Irfan Zakaria tidak kisah kena berebut tempat di Kedah

Ia satu kejutan apabila Irfan Zakaria membuat keputusan untuk berhijrah ke Kedah selepas Kuala Lumpur tersingkir ke Liga Perdana.

Ini kerana beliau perlu bersaing dengan dua import Renan Alves dan Shakir Hamzah di bahagian pertahanan.

Bagaimanapun, pemain berusia 24 tahun itu mengalu-alukan persaingan sihat dalam pasukan bagi membolehkan beliau meningkatkan lagi prestasinya setiap kali diturunkan.

“Persaingan agak seimbang kerana kami sudah memiliki dua pemain import, Renan dan Shakir,” kata Irfan kepada Stadium Astro.

“Bagi saya, persaingan itu sesuatu yang bagus untuk membuktikan apa yang saya miliki.”

Kehadiran Irfan di Kedah sebenarnya memberikan kelebihan kepada Aidil Sharin untuk memilih barisan terkuatnya menjelang saingan liga 2020.

Terutamanya apabila Irfan juga mampu bermain di posisi tengah, sekaligus mudah untuk Irfan dipilih dalam kesebelasan utama pasukan dalam perlawanan akan datang.