Liga Super Malaysia Berita

Senarai pemain baharu Kedah musim 2024-2025

Kedah mengumumkan kepulangan Syafiq Ahmad dan beberapa pemain baharu bagi musim 2024-2025.

Kepulangan penyerang berusia 28 tahun itu dibuat dengan persetujuan bersama JDT sebagai pemain pinjaman, buat kali kedua sejak 2022.

“Pihak pengurusan Kedah menjunjung kasih dengan perkenan Tunku Mahkota Johor memberi persetujuan untuk pemain kelab tersebut mewakili Kedah musim ini,” kata kenyataan rasmi Kedah.

Turut pulang ialah Rizal Ghazali selepas dua musim beraksi di Sabah.

Setakat ini, tiga pemain baharu ditandatangani Kedah iaitu Irfan Zakaria dari Sabah, Zamri Pin (Negeri Sembilan) dan terbaru pemain tengah, Sukhrob Nurulloev dari Uzbekistan yang akan menggantikan Manny Ott.

Jumlah pemain baharu dijangka bertambah memandangkan Kedah hanya mengekalkan 14 pemain manakala 16 pemain lagi berhijrah ke pasukan lain.

Musim lalu, Kedah meraih tempat keempat Liga Super dan menamatkan saingan Piala Malaysia dalam pusingan 16.

Pemain baharu
Syafiq Ahmad
Irfan Zakaria
Rizal Ghazali
Zamri Pin
Sukhrob Nurulloev

Kontrak baharu
Ifwat Akmal
Fadzrul Danel
Amirul Hisyam
Ariff Farhan
Akmal Zahir
Halim Saari
Loqman Hakim
Fikri Che Soh

Pemain masih berkontrak
Kalamullah Al-Hafiz
Fayadh Zulkifli Amin
Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman
Heshamudin Ahmad
Aiman Afif Md Afizul
Kamil Akmal Abd Halim