Liga Super Malaysia

Mampukah Magis Karl Heinz Weigang Diteruskan Untuk Menyelamatkan Perak?

Siapa tidak kenal Karl Heinz Weigang terutama penyokong The Bos Gaurus?

Karl Heinz Weigang sedang melakukan silap mata sekali lagi. Hadir untuk kali pertama adalah pada tahun 1990. Kembali untuk kali kedua pada 1997-99 Weigang menghadiahkan Piala Malaysia untuk perak. Tetapi mempunyai kontroversi pada 1999 dan digantung. 2010 kembali untuk kali ketiga menggantikan Spitter dan Piala Malaysia dijelmakan sekali lagi.

Ketika Abu Bakar Fadzim sedang bergelut dengan penyingkiran divisyen pada 2014, Weigang datang untuk kali keempat mengisi posisi pengarah teknikal untuk membantu Abu Bakar dan Perak terselamat dari penyingkiran ke Liga Perdana.

Dan untuk kali kelima ketika Syamsul Saad (2016) gagal mencatatkan kemenangan dalam 6 perlawanan (1 seri, 5 kalah) sebelum cuti pertengahan musim, Karl Heinz Weigang kembali untuk ‘rescue’ skuad The Bos Gaurus ini.

24516weigang.tmb-width768

Hero Perak ini sentiasa berjaya dalam semua kemunculannya dan inilah nilai sentimental Perak kepada Weigang sebenarnya. Walaupun kelihatan Weigang sudah terlalu tua untuk berada diposisi itu, tetapi sudah memadai untuk menjadi mentor kepada Syamsul yang kelihatan hilang punca. Ini pengalaman berguna kepada beliau.

Nilai Perlawanan Perak vs Johor Darul Ta’zim (JDT)

3 kali akan menentang JDT  dalam 4 pertemuan, Perak hadir pada masa yang tepat. Tiada mana-mana perlawanan di MSL atau melibatkan 12 pasukan di MSL mempunyai suasana bertekanan tinggi kecuali Perak vs JDT .

Dengan pelbagai kontroversi seperti insiden pergaduhan hingga kepada brek bas meningkatkan nilai tekanan pada perlawanan ini.

Perak berjaya mengecilkan peluang JDT dalam pertandingan Piala Malaysia dengan kemenangan 3-0 dan mampu merencatkan persaingan JDT  dalam Liga Super pada perlawanan kedua, serta mempunyai peluang menutup terus pintu JDT  dalam perlawanan ketiga di pertandingan Piala Malaysia.

Weigang sekarang berada di momentum terbaik dalam 5 perlawanan terakhir. Menang semua perlawanan.

Jadual dibawah menunjukkan prestasi pasukan Liga Super 2016 dalam 5 perlawanan terakhir semua pertandingan.

13901503_1180585811963036_574480802365422400_n

 

Dengan 12 gol dijaringkan itu adalah jumlah terbanyak dari 12 pasukan di MSL, hanya bolos 2 gol dan merupakan jumlah terkecil juga dari 12 pasukan di MSL. Segalanya kelihatan sempurna. Popov, Azwira/Hodak, Razip, Mustafa dan David kurang berjaya melakukan magis, tetapi Weigang sekurang kurangnya boleh menari untuk seketika.

Adakah Perak akan tergelincir atau Weigang terus melakukan aksi silap matanya? Yang pasti ini adalah sebab-sebab kenapa dia begitu disayangi di Perak. Adakah Weigang begitu sayangkan Perak kerana benderanya seiras dengan bendera negaranya?