Liga Super Malaysia Berita

JDT juara Liga Super 11 kali berturut-turut

JDT muncul juara Liga Super kali ke-11 berturut-turut selepas menewaskan Perak 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim.
2 gol tersebut hasil jaringan Jese pada minit ke-45 sebelum Jorge Obregon melengkapkan kemenangan dengan sepakan penalti pada minit ke-64.
Kemenangan itu mengesahkan kedudukan JDT sebagai juara liga musim ini dengan 58 mata daripada 19 kemenangan, 1 seri dalam 20 perlawanan.
Kedudukan itu jauh meninggalkan Selangor di tangga kedua dengan 42 mata daripada 19 perlawanan.
JDT akan kembali beraksi pada 4 Mac dalam perlawanan pusingan 16 AFC Champions League Elite menentang Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim.