Liga Super Malaysia

PKNS FC Umumkan Jurulatih Baharu Berkuatkuasa Serta Merta

Pengurusan PKNS FC mengumumkan melantik Sven Gartung sebagai Ketua Jurulatih baharu dalam satu majlis ringkas di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya, sebentar tadi.

Sven, 47 tahun adalah warganegara Jerman yang mempunyai lesen kejurulatihan UEFA A dan merupakan Pengarah Kejurulatihan Akademi Merah Kuning sejak Februari 2017. Sebelum itu beliau adalah jurulatih bagi pasukan Bawah 17 Tahun Grasshopper Zurich di Switzerland.

[RASMI] SVEN GARTUNG DILANTIK KETUA JURULATIH PKNS FC YANG BAHARU BERKUATKUASA SERTA MERTA——–Pengurusan PKNS FC…

PKNS FCさんの投稿 2017年7月17日

Selain bidang kejurulatihan, Sven juga merupakan lulusan di dalam bidang pengurusan sukan dan media serta pernah menjawat beberapa jawatan penting media di China dan Switzerland.

Terdahulu, pihak pengurusan kelab PKNS FC telah membuat keputusan untuk merehatkan Ketua Jurulatih Skuad Liga Super, E Elavarasan berkuatkuasa serta merta pada 6 Julai 2017.

[SIARAN MEDIA] PKNS FC REHATKAN ELAVARASAN, ADAM ABDULLAH PANGKU TUGASPihak pengurusan kelab PKNS FC telah membuat…

PKNS FCさんの投稿 2017年7月6日

Tugas jurulatih itu telah dipangku oleh pembantu jurulatih, Adam Abdullah dan keputusan ini dibuat bagi memastikan skuad PKNS FC dapat kembali bersaing dan keluar dari zon penyingkiran ke Liga Premier, seterusnya kekal di Liga Super pada musim 2018.

Dalam saingan Piala Malaysia 2017, pihak pengurusan kelab juga telah menetapkan untuk layak ke peringkat suku akhir dan seterusnya.

Untuk rekod, E Elavarasan menyertai pasukan pada tahun 2015 dan membawa pasukan yang dikenali sebagai The Red Ants ini kembali ke Liga Super 2017 setelah menduduki tangga kedua 100Plus Liga Premier pada tahun 2016.