Liga Super Malaysia Berita

Kelantan bangkit dari ketinggalan, KL belum raih kemenangan

Kelantan bangkit dari ketinggalan apabila mengikat KL City 2-2 di Kota Bharu.

Ini sekali gus menyaksikan Kelantan meraih 4 mata daripada 5 perlawanan.

KL mendahului seawal minit ke-11 menerusi jaringan Kipre Tchetche sebelum Declan Lambert menambah gol kedua pada minit ke-34.

Namun, masuk minit ke-40, Kelantan bangkit dalam tempoh 5 minit menerusi gol sendiri Kenny Pallraj dan Fazrul Amir dalam masa tambahan separuh masa pertama.

Kelantan dan KL mencari gol kemenangan di separuh masa kedua, namun keputusan 2-2 kekal hingga tamat perlawanan.

Ini kali ketiga KL mencatatkan keputusan seri dan hanya meraih 3 mata.

Kelantan akan berkunjung ke Negeri Sembilan pada 1 April manakala KL akan bertemu Selangor pada 31 Mac ini.