Liga Super Malaysia

Isu Mata FIFA Ranking Dalam Sejarah Kejohanan Piala AFF Suzuki

Beberapa hari yang lalu, peminat bola sepak Malaysia mendapat khabar gembira apabila Setiausaha Agung AFF, Datuk Seri Azzuddin Ahmad memberitahu melalui kenyataan dari AFC bahawa kejohanan Piala AFF Suzuki Cup 2016 telah diiktiraf oleh FIFA sebagai kejohanan kategori A yang menawarkan mata dalam ranking FIFA berbanding sebelum ini hanya dikategorikan sebagai perlawanan persahabatan.

aff-suzuki-2010

Football Channel Malaysia akan memberikan penjelasan beserta contoh sebenar adakah kejohanan AFF Suzuki memberikan mata kepada ranking FIFA sejak dahulu ataupun baru akan dikira mulai edisi 2016?

Sejarah ringkas.

Kejohanan peringkat ASEAN ini dimulakan 20 tahun yang lalu pada 1996, dikenali sebagai Piala Tiger. Penajaan syarikat Tiger Beer ini berterusan dari 1996 sehingga 2004. Untuk edisi 2007, kejohanan ini dikenali sebagai kejohanan AFF Championship 2007 dan selepas itu pada 2008, syarikat kenderaan motor Suzuki memberikan penajaan dan ia kekal dikenali dengan nama AFF Suzuki Cup sehingga hari ini.

Kutipan Mata FIFA

Timbul persoalan apabila diumumkan AFF Suzuki Cup 2016 akan memberikan mata FIFA ranking dan telah banyak mengelirukan para peminat bola sepak tanahair terutamanya. Ada yang memberitahu bahawa mata FIFA ranking dari kejohanan ini telah diberikan sejak edisi Piala Tiger 1996 lagi.

Dan ada juga yang berkeras mempertahankan mata hanya dikira dari edisi AFF Suzuki 2016 nanti. Siapa betul dan salah dalam hal ini?

Teruskan membaca.

 

1) Piala Tiger 1996 – Singapura

Perhatikan gambar dibawah yang diambil dari laman web rasmi FIFA.

1996

Malaysia telah berjaya mengutip sebanyak 652.8 mata dari edisi Piala Tiger 1996 hasil dari 2 kali menang, 2 kali seri dalam peringkat kumpulan dan kemenangan diperingkat separuh akhir bertemu Indonesia. Dalam perlawanan akhir Malaysia tewas 1-0 kepada Thailand.

Dapatan: Piala Tiger 1996 memberikan 652.8 mata FIFA ranking kepada Malaysia.

 

2) Piala Tiger 1998 – Vietnam

Perhatikan gambar dibawah yang diambil dari laman web rasmi FIFA.

1998

Malaysia hanya mampu seri 1-1 dalam perlawanan bertemu Laos, tewas dalam pertembungan dengan Singapura dan Vietnam. Hanya 59.85 mata sahaja dikutip dari Piala Tiger 1998.

Dapatan: Piala Tiger 1998 memberikan 59.85 mata FIFA ranking kepada Malaysia.

 

3) Piala Tiger 2000 – Thailand

Perhatikan gambar dibawah yang diambil dari laman web rasmi FIFA.

2000-1

2000-2

Edisi 1998, Malaysia berjaya berada ditempat ketiga Piala Tiger apabila menewaskan Vietnam dalam perlawanan penentuan tempat ke-3. Secara keseluruhannya, Malaysia telah berjaya memungut 1035 mata!

Dapatan: Piala Tiger 2000 memberikan 1035 mata FIFA ranking kepada Malaysia.

 

4) Piala Tiger 2002 – Singapura & Indonesia

Perhatikan gambar dibawah yang diambil dari laman web rasmi FIFA.

2002

Malaysia menang 2 perlawanan kumpulan dan 1 seri, mengungguli kumpulan B. Namun skuad Harimau Malaysia ini tewas 0-1 kepada Indonesia di separuh akhir.  649.14 mata telah diperolehi oleh skuad ini dalam edisi 2002.

Dapatan: Piala Tiger 2002 memberikan 649.14 mata FIFA ranking kepada Malaysia.

 

5) Piala Tiger 2004 – Malaysia & Vietnam

Perhatikan gambar dibawah yang diambil dari laman web rasmi FIFA.2004 2004-1

Malaysia sekali lagi berada di tempat ketigapada edisi 2004 dan membawa pulang 956.97 mata.

Dapatan: Piala Tiger 2004 memberikan 956.97 mata FIFA ranking kepada Malaysia.

 

6)AFF Championship 2007 – Singapore & Thailand

Perhatikan gambar dibawah yang diambil dari laman web rasmi FIFA.

2007 2007-1

Malaysiat tersungkur juga diperingkat separuh akhir kepada Singapura apabila tewas 5-4 dalam penentuan sepakan penalti pada edisi 2007 ini. Namun, skuad kebangsaan masih mempu membawa pulang 295.8 mata.

Dapatan: AFF Championship 2007 memberikan 295.8 mata FIFA ranking kepada Malaysia.

 

7) AFF Suzuki Cup 2008 – Indonesia & Thailand

Perhatikan gambar dibawah yang diambil dari laman web rasmi FIFA.

2008

Hanya 1 kemenangan dalam edisi pertama AFF Suzuki Cup 2008 keatas Laos dan seri bertemu Singapura memberikan 181.9 mata kepada skuad negara.

Dapatan: AFF Suzuki Cup 2008 memberikan 181.9 mata FIFA ranking kepada Malaysia.

 

8) AFF Suzuki Cup 2010 – Indonesia & Malaysia ***

Perhatikan gambar dibawah yang diambil dari laman web rasmi FIFA.

2010 2010-1

Edisi JUARA!

AFF Cup Suzuki 2010 merupakan edisi bersejarah kerana Malaysia telah menjadi juara buat kali pertama bagi kejohanan Piala Tiger/AFF Championship/AFF Suzuki Cup.

Hasil menjuarai AFF Suzuki Cup 2010 ini, Malaysia telah memperolehi 608.02 mata.

Dapatan: AFF Suzuki Cup 2010 memberikan 608.02 mata FIFA ranking kepada Malaysia.

 

9) AFF Suzuki Cup 2012 – Thailand & Malaysia ***

Perhatikan gambar dibawah yang diambil dari laman web rasmi FIFA.

2012

Berdasarkan maklumat dari laman web FIFA diatas, jelas menunjukkan Malaysia memperolehi 301 mata pada edisi 2012. Namun begitu, 181.9 mata yang dikutip pada AFF Suzuki Cup 2008 tidak diambil kira kerana telah lebih dari 48 bulan dari tarikh ranking semasa.

Dapatan: AFF Suzuki Cup 2012 memberikan 301 mata FIFA ranking kepada Malaysia dan 181.9 mata pada edisi AFF Suzuki 2008 telah TIDAK dikira.

 

10) AFF Suzuki Cup 2014 – Singapore & Vietnam ***

Perhatikan gambar dibawah yang diambil dari laman web rasmi FIFA.

2014 2014-1

 

Seperti mana AFF Suzuki Cup 2012, kali ini Malaysia telah berjaya membawa pulang 433.5 mata. Tetapi kesemua mata yang dikutip pada AFF Suzuki Cup 2010 berjumlah 608.02 mata tidak akan diambil kira.

Dapatan: AFF Suzuki Cup 2014 memberikan 433.5 mata FIFA ranking kepada Malaysia dan 608.02 mata pada edisi AFF Suzuki 2010 telah TIDAK diambil kira.

Setelah dilihat dari sejarah kutipan mata dalam kejohanan AFF, edisi 2016 bukanlah kejohanan edisi pertama yang menawarkan mata ranking FIFA kerana telah mata tersebut telah diberikan sejak edisi 1996 lagi. Kenyataan yang kurang tepat itu telah membawa kekeliruan kepada peminat bola sepak negara.

Kesimpulan.

  1. Kenyataan Setiausaha Agung AFF  berkenaan mata FIFA ranking akan dikira buat kali pertama adalah tidak tepat, berdasarkan bukti bukti diatas.
  2. Mata FIFA ranking telah diberikan kepada pasukan pasukan bertanding sejak dari Piala Tiger 1996.
  3. Status pertandingan AFF Suzuki Cup kekal x1.00 dan setaraf perlawanan ‘Friendlies’ sahaja.
  4. Tiada guna menukar nama kategori tetapi hakikat pengiraan mata masih kekal sama tanpa sebarang perubahan.