Liga Super Malaysia

Adakah Terengganu Sudah Mendapat Ketua Jurulatih Tepat Dengan Kemunculan Semula Irfan Bakti?

Irfan Bakti Abu Salim bakal memasuki musim ke-19 pada tahun 2017 sebagai ketua jurulatih. 17 musim di Malaysia, 2 musim di Indonesia.

Ketika berumur 48 tahun, beliau memulakan karier sebagai ketua jurulatih dengan pasukan N.Sembilan. Pada musim 2017 beliau akan menyertai Terengganu iaitu pada umur 66 tahun.

Irfan Bakti akan bermula untuk kali ke-3 di Liga Perdana dengan pasukan Terengganu selepas mengambil alih Telekom (2004) dan Felda United (2014) juga dari Liga Perdana. Terengganu adalah pasukan tunggal untuk beliau membuat kemunculan 2 kali.

Adakah Terengganu sudah menjumpai ketua jurulatih yang tepat? Sudah pasti sasaran tertinggi pasukan ini mahu membuat kemunculan segera di Liga Super selepas tersingkir divisyen pada musim 2016.

graf-pencapaian-irfan-di-liga

Irfan Bakti konsisten di Liga dalam tempoh yang panjang

2 musim sebelum Irfan muncul di N.Sembilan, pasukan ini hanya berprestasi sederhana. Cuma berlegar di pertengahan Liga. Melantik Irfan Bakti pada ketika itu bermakna melantik seorang ‘rookie’ yang tiada pengalaman.

Walaupun musim 1999 adalah tahun pertamanya sebagai ketua jurulatih, beliau berjaya membawa pasukan N.Sembilan menjadi 3 terbaik di Liga Perdana (Sekarang Liga Super).

N.Sembilan kembali ke pertengahan Liga pada musim ke-2 dan Irfan Bakti beralih angin ke P.Pinang. 2000 bukan tahun kegagalan, beliau ke pentas Akhir Piala Malaysia pada musim itu walaupun sederhana di Liga. Malahan menjadi semi finalis dalam kempen Piala FA.

Menyertai pasukan P.Pinang yang dominan dan kuat pada ketika itu.

Bermula pada 2000, P.Pinang adalah pasukan kuat. Mendapat tawaran dari pasukan itu bermakna satu penghormatan. Irfan berjaya mengekalkan reputasi P.Pinang pada musim pertamanya dengan menjulang Liga Super 2001.

Musim ke-2 di P.Pinang, terdapat sedikit penurunan prestasi di Liga tetapi dengan kejayaan membawa Piala FA (2002) ke negeri Harimau Kumbang itu mengekalkan beliau untuk musim ke-3.

2003 adalah musim terburuk Irfan sepanjang kerjaya. Ia berlaku ketika di P.Pinang. Di Liga P.Pinang terus merudum, cuma menamatkan tempat ke-6, gagal mara ke ke suku akhir Piala FA dan tidak melepasi peringkat kumpulan Piala Malaysia.

Kecemerlangan disudahi dengan kontroversi

Selepas gagal pada musim 2003, Irfan bermula dengan pasukan lebih kecil iaitu Telekom. Pasukan dari Liga Perdana. Beliau berjaya mendapatkan promosi untuk Telekom dalam musim pertamanya. Trofi ke-3 beliau hadir bersama Telekom dengan menjuarai Liga Perdana.

Beliau terus kekal selama 2 musim lagi (2005,2006) dengan pasukan itu. Berjaya meletakan pasukan berstatus kelab itu ke tangga ke-4 dan naib juara Liga Super pada musim 2006. Ia adalah pencapaian tertinggi dalam sejarah bola sepak kelab itu.

Rakan sekerjanya di telekom, Serbegeth Singh telah mengkritik Irfan Bakti dengan mengatakan taktikal yang diamalkan terlalu lapuk. Kontroversi ini pasti tidak dilupakan kerana ia tersebar di media.

Hilang ke Indonesia dan muncul di Perlis dan terus menjadi ke-2 terbaik

Irfan sudah tidak muncul pada musim 2007 di Malaysia, malah beliau menuju ke Indonesia menyertai rakan senegara, Raja Isa di Persipura Jayapura. Lebih manis beliau berjaya menjuarai Liga Utama Indonesia dengan pasukan itu pada musim 2007.

Selepas hilang dari industri bola sepak Malaysia, Irfan muncul di Utara bersama pasukan Perlis. Untuk kali ke-3 selepas N.Sembilan, P.Pinang dan Telekom beliau membuktikan beliau cukup bagus dalam musim pertama di Liga. Perlis berjaya menamatkan tempat ke-2 dibawah kendaliannya pada musim 2009 dan hampir ke pentas akhir Piala FA.

Corak Irfan: Musim pertama, sudah pasti tempat ke-3 atau keatas

Semusim bersama Perlis, dari utara beliau menuju ke timur iaitu Terengganu. Irfan tetap Irfan, beliau terus meneruskan ‘trademard’ pencapaian. Irfan tidak pernah menamatkan Liga dengan kedudukan 3 kebawah dalam musim pertama. Terengganu adalah pasukan ke-5 mendapat sentuhan itu, terus mendapat ke-3 dan ke-2 dalam 2 musimnya.

Pada musim 2011 Irfan meninggalkan Terengganu ketika berada di puncak. Menjuarai Piala FA pertama dalam sejarah Terenggan, naib juara Liga Super dan bermain di pentas Akhir Piala Malaysia. Cuma 2 langkah sahaja untuk memahat nama salah seorang ketua jurulatih yang mendakap treble.

Jurulatih yang sentiasa konsisten 4 terbaik menyertai pasukan yang sentiasa konsisten 4 terbaik

Meninggalkan Terengganu seperti sudah menyelesaikan tugasan disana. Irfan mencuba angin di Lembah Kelang. Untuk 2 musim di Selangor, Irfan berjaya mengekal status Selangor sebagai pasukan sepanjang zaman di kedudukan 4 terbaik. Ke-3 pada musim 2012 dan ke-2 pada musim 2013.

Ia kelihatan tiada masalah dengan pencapaian Irfan di Liga tetapi dengan hanya 1 separuh akhir dari 4 peluang (2 kali Piala Fa, 2 kali Piala Malaysia, tidak cukup untuk pasukan besar seperti Selangor.

Irfan ke Felda Utd mengulangi langkah ke Telekom pada musim 2004

Apa yang berlaku dan pencapaian yang diraih beliau di Felda Utd selama 3 musim (2014-2016) hampir mirip seperti perjalanan di Telekom. Terus mendapat promosi pada musim pertama (2014), mendapat kedudukan pertengahan atas pada musim pertama di Liga Super dan terus menjadi pencabar kejuaraan pada musim ke-3.

Irfan tidak pernah kekal hingga musim ke-4, Felda Utd juga gagal memujuknya untuk kekal. Dalam masa yang sama, hanya Perlis mendapat khidmatnya selama semusim. 6 pasukan lagi kebiasaannya 2 atau 3 musim.

 

graf-irfan-dalam-piala-fa

Merangkul 2 trofi dalam Piala FA

Irfan Bakti berjaya melangkah ke pentas akhir Piala FA sebanyak 4 kali dengan 4 pasukan berbeza. Bersama P.Pinang dan Terengganu beliau berada di pasukan juara, N. Sembilan dan Felda Utd beliau berada di bahagian yang tewas.

2 kali berada dan tewas di suku akhir ketika bersama P.Pinang dan Selangor. 2 kali gagal seawal pusingan pertama ketika bersama pasukan kecil Telekom dan pasukan besar Selangor.

graf-pencapaian-irfan-dalam-piala-malaysia

Piala Malaysia masih tiada dalam kabinet Irfan Bakti

Sepanjang 18 tahun kariernya di pentas bola sepak Malaysia, Piala Malaysia masih belum berjaya didakap oleh beliau. Beliau tidak pernah gagal untuk membawa pasukannya untuk layak ke peringkat kumpulan.

Dalam 16 percubaan, beliau 2 kali ke pentas akhir bersama N.Sembilan pada 2000 dan Terengganu pada 2011 tetapi tewas kedua-duanya. 5 kali terkandas di separuh akhir dan 5 kali tewas di suku akhir boleh dikatakan tidaklah terlalu teruk tetapi tidak terlalu baik.

100% layak masuk dalam saingan Piala Malaysia.
1. 25% di peringkat kumpulan
2. 31% di peringkat suku akhir
3. 31% di separuh peringkat akhir
4. 13% di peringkat akhir

Graf kemenangan sepanjang karier Irfan mengagumkan

Dalam kiraan bola sepak moden, mencapai 60%-65% kemenangan adalah sesuatu yang sukar dilakukan dalam tempoh yang panjang secara konsisten. Lebih menyukarkan jika perlu dilakukan dengan 7-8 pasukan.

Bercakap berkenaan Irfan ia adalah satu tempoh 16 musim. Mario Gomez sedang mencatat 71% kemenangan selama 1 sentengah musim dan Tan Cheng Hoe sedang merakam 52% kemenangan sepanjang 2 musim di Kedah. Gomez dan Cheng Hoe melakukan dengan hanya 1 pasukan dan 1-2 musim. Irfan sudah membuat 52% kemenangan selama 16 musim dengan 7 pasukan.

8 musim terakhir Irfan, jumlah kekalahan tidak lebih dari 30% malahan kebanyakkannya kurang dari 20%.

Selepas tamat musim 2016, Irfan sudah mengendalikan pasukan untuk 584 perlawanan dan berada di paras 52% menang, 23% seri dan 23% kalah. Gol pertama Terengganu pada musim 2017 adalah gol yang ke-1,026 pasukan di bawah Irfan Bakti.

Purata mata dari 584 perlawanan adalah 1.80 dicatatkan oleh Irfan. Dalam kata mudah setiap 10 perlawanan Irfan akan mencatatkan 5 atau 6 kemenangan dan tewas 2-3 kali.

Adakah Irfan Bakti ketua jurulatih tepat untuk Terengganu bagi musim 2017

2 kali beliau bermula dengan pasukan Liga perdana, 2 kali mendapat promosi divisyen pantas. Telekom dan Felda Utd. Terengganu adalah percubaan ke-3 beliau.

Apabila beliau berada Liga Perdana, Peratus kemenangan dicatatkan tinggi. 62% untuk Telekom dan Felda Utd. Malahan ketika bersama di Felda Utd, beliau mencatat 94% tanpa kalah sepanjang musim.

Irfan mencatat peratusan teringgi ketika bersama P.Pinang (68%) dan Terengganu (66%). Terengganu adalah pasukan tunggal yang hampir membawa beliau masuk dalam kumpulan jurulatih yang merekodkan treble.

Rekod jaringan semusim tertinggi Irfan sepanjang karier belaku pada 2011 ketika bersama terengganu iaitu 84 gol dalam 3 pertandingan domestik.