Liga Super Malaysia Berita

[VIDEO] Pemain Liga Super dengan assist terbanyak dari Sabah dan Melaka

Biasanya orang akan menyangka bahawa penyumbang ‘assist’ terbanyak datang dari pendahulu Liga Super, JDT. Tetapi selepas empat perlawanan, dua pemain menyumbang tiga assist dan kedua-duanya adalah dari Sabah dan Melaka.

Pemain tengah Sabah, Petrus Shitembi memberikan sumbangan tiga assist, menjadi punca mengapa Sabah berada di tangga ke-5 liga ketika ini, sekali gus mereka berada dalam kelompok enam pasukan terbaik.

2020 LS2 SABAH LWN FELDA UNITED FC – 3 ASSIST PETRUS SHITEMBI

3️⃣🅰️ Pemain Sabah, Petrus Shitembi menyumbang tiga bantuan gol ketika menentang Felda United FC pada pusingan LS2!Petrus kini mendahului carta “assists” terbanyak, bersama Wan Amirul Afiq (Melaka).#ForwardFootball#BangkitSemangatBola#CIMBLigaSuper2020

Posted by Malaysian Football League on Friday, 20 March 2020

Melaka juga dikejutkan dengan prestasi pertahanan kiri, Wan Amirul Afiq Wan Abdul Rahman yang telah menyumbang tiga assist, serta satu gol buat pasukannya.

Disebabkan itu, Melaka berada pada kedudukan ketiga dalam saingan Liga Super. Sayangnya, disebabkan pemotongan tiga mata, Melaka kini berada dalam zon penyingkiran.