Piala AFF Suzuki akan membuka tirai pada 19 November 2016. Malaysia akan menghadapi perlawanan pertama dengan menentang Kemboja pada 20 November, iaitu pasukan paling lemah dalam kumpulan B. Vietnam bakal menyusul dan Malaysia akan menyudahkan perlawanan dalam peringkat kumpulan dengan menentang tuan rumah iaitu Myammar.
Adakah Ong Kim Swee sudah bersedia dengan tugasan ini?
Dato Ong Kim Swee mempertaruhkan 4 pemain untuk posisi penyerang tengah
Pada 8 november melalui kenyataan media cetak, Ong Kim Swee menyentuh berkaitan pemain mana dibayangkan untuk posisi penyerang tengah.
Mengikut beliau Safee Sali (JDT I) dan Norshahrul Idlan Talaha (Terengganu) berada dalam program paling intensif untuk mengisi posisi tersebut. Hazwan Bakri (Selangor) boleh bermula di secondary position dan Darren Lok (JDT II) dalam pilihan akhir.
Mengikut penglibatan 3 dari 4 pemain disebut dalam penglibatan kancah Liga Malaysia ternyata agak membimbangkan. Sudah pasti kekurangan minit dan gol itu tidak mengikut merit tetapi lebih kepada pengalaman dalam skuad kebangsaan.
Norshahrul adalah pasangan Safee ketika Malaysia menjulang piala AFF Suzuki pada edisi 2010. Pada ketika itu dalam kancah domestik kuota import masih diperingkat awal. Masih lagi belum kelihatan impak positif atau negatif.
Dengan kombinasi 4 gol dari 3 penyerang ini membuatkan Ong Kim Swee perlu mencaturkan taktikal luar biasa. Beliau sedar percaturan taktikal harus diutamakan berbanding kebergantungan kepada kemahiran teknikal atau skil pemain.
Norshahrul cuma mengutip 1 gol dalam sepanjang Liga Super Malaysia, membuat 18 penampilan dari 22 perlawanan dan sebanyak 68% sepanjang musim. Terengganu mempunyai 2 pemain sama posisi iaitu Issey Nakajima dan Norshahrul. Kedua-duanya pemain penyerang belakang.
Bermakna Norshahrul mungkin di posisi penyerang atas dan penyerang bawah secara bergilir-gilir dengan Issey Nakajima. Norshahrul pada kebiasaannya tidak efektif sebagai penyerang atas. Beliau selalu membuktikan penyerang bawah dengan free role adalah posisi terbaik beliau.
Hazwan Bakri banyak dimainkan di posisi penyerang tepi/kanan ketika era Zainal Abidin Hassan. Zainal sentiasa menggilirkan Hazwan dengan R.Gopinathan pada posisi itu. Selepas Zainal dipecat digantikan dengan K.Gunalan, Gunalan meletakkan Hazwan di belakang penyerang atas. Mauro Olivi, R.Gopinathan dan Hazwan akan bergilir untuk merbut 2 tempat.
Hazwan mengutip 2 gol dalam 16 penampilan di Liga Super. Terlibat sebanyak 55% sepanjang Liga.
Safee Sali juga cuma mengutip 1 gol sepanjang Liga Super. Gol kemenangan pasukan JDT I ketika menang ke atas P.Pinang.
Safee Sali jelas cuma bertindak sebagai pemain sokongan dalam skuad JDT I. Dalam saingan Liga, Safee Cuma digunakan dalam perlawanan berprofil rendah atau pasukan bergelut. Safee lebih digunakan pada saingan awal dalam kempen Piala AFC, Piala FA dan Piala Malaysia.
Walaupun Safee cuma pemain sokongan, beliau tetap bermain diposisi utama beliau iaitu penyerang tengah. Safee mendapat 8 penampilan di Liga Super dengan 8% penglibatan.
Hazwan lebih banyak digunakan tetapi bukan sebagai penyerang tengah atas
Sudah pasti Patrick Ronaldinho Wleh akan sentiasa bermain di posisi itu secara tunggal. Hazwan akan ditolak ke kiri Wleh atau di belakang.
Graf menunjukkan Hazwan ada merit minit yang cukup untuk berada dalam skuad kebangsaan. Dengan jumlah jaringan hanya 2 gol kelihatan ia tidak mencapai merit tetapi dengan kondisi Liga Super, tidak ramai penyerang tengah mempuyai jumlah jaringan yang banyak.
Hazwan terlibat dengan 4 menang, 7 seri dan 5 kalah pasukan Selangor. Selangor mencatat 3 menang, 0 seri dan 3 kalah tanpa Hazwan. 2 gol Hazwan bukan gol pengubah perlawanan.
Norshahrul kerap dimainkan tetapi jumlah gol tidak memberangsangkan
1 gol dalam 18 penampilan atau 68% penglibatan (minit) menimbulkan persoalan Norshahrul berada dalam posisi tidak betul atau tumpul. 1 gol itu cuma terhasil dalam pertengahan musim ketika menang ke atas T Team 1-0.
Norshahrul dipanggil ke skuad kebangsaan dari pasukan menduduki tangga tercorot Liga Super 2016. Boleh dikatakan Ong Kim Swee mengambil risiko besar berhadapan dengan kritikan jika Norshahrul gagal memberi impak pada kejohanan AFF Suzuki 2016.
Umum mengetahui, Norshahrul mempunyai skil teknikal yang tinggi. Penampilan dan minit sudah mencukupi. Jumlah gol Norshahrul tidak mencukupi ditambah lagi Terengganu adalah pasukan lemah pada musim 2016.
Betul atau tidak keputusan Ong Kim Swee memanggil penyerang dari pasukan tercorot sudah pasti perlu tunggu sehingga kejohanan AFF Suzuki itu tamat. Sudah pasti penyokong dari Terengganu berharap ada impak positif dari pemain ini.
Safee Sali pemain sandaran di kelab menjadi pemain utama di tugasan antarabangsa
Tidak banyak yang boleh diulas tentang penglibatan Safee Sali dalam kancah saingan Liga Super 2016. Pemain berusia 31 tahun lebih digunakan dalam pertandingan kedua seperti Piala FA, Piala Malaysia dan pusingan awal Piala AFC.
Jika dilihat dalam 8 kali kemunculan Safee, ia kelihatan JDT I menggunakan dalam perlawanan berprofil rendah atau pasukan bawahan. T Team, Pahang, P.Pinang, PDRM dan Terengganu. Kecuali T Team, semua pasukan disebutkan adalah pasukan yang banyak bermain dalam zon penyingkiran.
Safee mengutip gol tunggal dalam Liga, gol pada minit 90 ketika JDT I menang 1-0.Dari 8 penampilan itu majoriti Safee adalah pemain simpanan yang dimasukan. Dengan kadar penglibatan 8%, ia kelihatan Ong Kim Swee seperti tiada pilihan.
Darren Lok lebih dipercayai dari pemain di Liga Super
Dibelakang 3 penyerang yang disebutkan diatas, Ong Kim Swee memilih untuk memanggil Darren Lok sebagai penyerang pilihan akhir berbanding penyerang dari Liga Super.
Tidak ramai tahu tentang kemampuan pemain ini dalam pentas bola sepak Malaysia. Pemain ini mula dikenali disebabkan kacukan dan kelahiran luar negara.
Darren terlibat dengan pentas divisyen 2, ia tidak menjadi masalah dengan pasukan disertainya. JDT adalah satu pasukan mempunyai fasiliti dan kaedah terbaik di Malaysia. Isu kualiti Darren lebih kepada, adakah pemain ini cukup untuk berhadapan Thailand, Indonesia atau Singapura dengan pengalaman perlawanan kompetitif di Liga Perdana rendah.
Ong Kim Swee tiada pilihan, hanya taktikal pilihan tunggal
Ong Kim Swee akan dituntut menggunakan kepakaran taktikal beliau dari mengharapakan kemampuan berteknikal tinggi. Jika melihat dari sudut barisan penyerang, kelihatan skuad Malaysia tidak mempunyai pemain berprestasi tinggi.
Penyokong mesti mahu Ong Kim Swee melihat contoh Del Busque menyelesaikan masalah Sepanyol yang mempuyai krisis kecederaan pemain no.9 dengan taktikal 4-6-0 ataupun Antonio Conte yang menyelesaikan masalah Itali yang ketiadaan pemain no.9 yang prolifik.
Busque dan Conte cuma satu contoh bagaimana pengendali menyelesaikan isu dan 2 contoh sama dengan isu Malaysia iaitu krisis pemain no.9.