Liga Super Malaysia Berita

Sabah belasah Pulau Pinang, kekal No 2 Liga Super

Sabah kekal di tangga ke-2 Liga Super apabila meraih kemenangan besar 5-2 ke atas Pulau Pinang di Likas.

Ia menyaksikan Sabah mencatatkan 5 perlawanan tanpa kalah, dengan 4 kemenangan dan 1 seri.

Sabah mendahului seawal minit ke-3 menerusi jaringan Park Tae-su, namun Pulau Pinang menyamakan kedudukan 5 minit kemudian menerusi jaringan Soony Saad.

Darren Lok meletakkan pasukannya kembali di depan menerusi sepakan percuma pada minit ke-45.

Daniel Ting menjaringkan gol ketiga sebelum Tae-su menjaringkan gol keempat pada minit ke-60.

Pulau Pinang berjaya merapatkan kedudukan menerusi sepakan percuma Adriano pada minit ke-90.

Rizal Ghazali melengkapkan kemenangan Sabah menerusi sepakan penalti dalam masa kecederaan.

Sabah kini meraih 13 mata daripada 5 perlawanan manakala Pulau Pinang hanya meraih 2 mata daripada 5 perlawanan.

Sabah akan bertemu JDT pada 31 Mac manakala Pulau Pinang akan berdepan Perak pada 31 Mac.