Liga Super Malaysia

Padang stadium Perak tidak memuaskan, venue PKNP FC ditukar ke Stadium Proton Tanjung Malim

Badan pentadbir liga (FMLLP) hari ini mengumumkan pindaan venue perlawanan Piala Malaysia yang melibatkan pasukan PKNP FC dan N. Sembilan.

Pindaan venue pasukan tuan rumah PKNP FC menentang Negeri Sembilan telah diluluskan oleh FMLLP bagi perlawanan yang tersebut iaitu Stadium Proton, Tanjung Malim dan masa sepak mula 4.45 petang. Tarikh perlawanan iaitu 18 Julai 2017, hari Selasa adalah dikekalkan seperti jadual asal.

Pemeriksaan padang telah dilakukan oleh Pegawai Unit Pertandingan FMLLP bersama-sama wakil pasukan Perak dan PKNP FC serta pihak pengurusan Stadium Perak, Ipoh pada 11 Julai 2017 (Selasa) yang lalu mendapati padang di stadium ini berada di dalam keadaan yang sangat tidak memuaskan dan tidak sesuai untuk digunakan;

Keadaan padang yang sedang dibaik pulih pada bulan lalu. Gambar kredit : Perak TBG

FMLLP telah mengarahkan Stadium Perak, Ipoh ditutup selama tujuh hari bermula selepas Perlawanan liga perdana di antara PKNP FC melawan Johor Darul Ta’zim II pada 14 Julai 2017 (Jumaat) sehingga 21 Julai 2017 (Jumaat) iaitu sebelum perlawanan Liga Super di antara Perak melawan Felda United FC pada 22 Julai 2017 (Sabtu) untuk kerja-kerja baikpulih padang perlawanan dijalankan.

Setelah pemeriksaan padang dilakukan oleh Pegawai-pegawai Unit Pertandingan Football Malaysia LLP (FMLLP) pada 11 Julai 2017 yang lalu mendapati padang di stadium ini berada di dalam keadaan yang tidak memuaskan dan tidak sesuai untuk dimainkan.

Menurut FMLLP, permukaan padang Stadium Perak, Ipoh mestilah berada di tahap yang terbaik seperti mana tuntutan perkara 5 : Tanggungjawab Melaksanakan OTP (5.1.4) Manual Liga Malaysia 2017. Kegagalan mematuhi perkara ini memungkinkan venue tersebut ditutup sehingga ianya benar-benar layak digunakan.