Liga Super Malaysia Berita

Rekod jualan tiket Kedah bagi musim 2023

Kedah berjaya menjual 135,352 tiket bagi musim 2023, dengan purata jualan sebanyak 8,459 tiket bagi setiap perlawanan.

Ia meliputi 16 perlawanan berlangsung di Alor Setar, melibatkan 13 perlawanan Liga Super, 1 perlawanan Piala FA, 1 perlawanan Piala Malaysia dan 1 perlawanan Challenge Cup.

Menurut rekod penjualan tiket sepanjang musim, perlawanan pertama menentang Terengganu di Stadium Darul Aman musim ini mencatatkan penjualan tiket tertinggi iaitu 20,933 tiket terjual dan angka terendah adalah perlawanan di sebelah petang baru-baru ini iaitu ketika menentang Negeri Sembilan FC, hanya 1,164 tiket dijual.

Rekod jualan tiket Kedah di Stadium Darul Aman musim 2023:

1. Kedah vs Terengganu 20,933
2. Kedah vs PDRM 13,439
3. Piala FA Pusingan 1 Kedah vs Penang 13,835
4. Kedah vs Kuching 6,964
5. Kedah vs Penang 3,001
6. Kedah vs KL City 2,590
7. Kedah vs Kelantan 2,787
8. Kedah vs Sabah 9,539
9. Kedah vs Perak 6,741
10. Kedah vs Kelantan United 5,692
11. Kedah vs Pahang 4,044
12. Piala Malaysia Pusingan 16 Perlawanan Ke-2 Kedah vs Perak 9,178
13. Kedah vs JDT 12,243
14. Challenge Cup Suku Akhir Ke-2 Kedah vs Kuching 2,308
15. Kedah vs Negeri Sembilan 1,164
16. Kedah vs Selangor 20,894