Liga Super Malaysia

Liga Malaysia perlukan lebih ramai pakar sains sukan

Seorang pemuda dari Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu menyiapkan pasukan Liverpool bagi menghadapi musim baru saingan Liga Perdana Inggeris. Pemuda bertuah itu ialah Firdaus Maasar, 31 tahun, yang merupakan penuntut ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Sains Sukan dan Fisiologi di Liverpool John Moores University (LJMU).

Wakil daripada Football Tribe Malaysia sempat menemubual beliau melalui laman sosial, Facebook dan mendapati banyak info menarik mengenai perbezaan sains sukan di UK dan Malaysia yang boleh dikongsi untuk bacaan peminat bolasepak tempatan. Ikuti perbualan kami bersama beliau.

Football Tribe Malaysia : Boleh tuan kongsikan bagaimana tuan mendapat peluang untuk berkhidmat dengan beberapa kelab bolasepak ternama di UK ?

Ia bermula semasa saya menyambung pelajaran di peringkat Masters in Science, MSc in Exercise and Sport Science di University of Birmingham pada tahun 2013. Research MSc saya berkenaan dengan “acceleration and deceleration performance in U18 Premier League matches”. Salah satu modul MSc saya ketika itu, adalah ‘Continued Professional Development module’ yang memerlukan pelajar mencari organisasi sukan professional untuk pengalaman didalam industri. Alhamdulillah, selepas menghadapi segala proses yang mencabar, termasuk bersaing dengan pelajar-pelajar tempatan (UK), saya dipanggil untuk sesi temuduga bersama Wolverhampton Wanderers FC, dan mereka menerima saya untuk berkhidmat sebagai U21 assisstant sport scientist untuk musim 2014/2015. Antara tugas saya adalah termasuk, membantu U21 sport scientist, Dave Morrison dalam pre training and match physical preparation, GPS analysis, deliver strength & conditioning sessions, plan and implement recovery strategies, and formulation of injury reduction programs.

Pengalaman di Wolves ini, banyak membantu saya memahami tentang professionalism and cara kerja mereka di Liga Inggeris.

Peluang berkhidmat dengan kelab lain seperti Huddersfield Town AFC dan Liverpool FC pula datang semasa saya menyambung pelajaran dalam peringkat PhD di Liverpool John Moores University (masih dalam pengajian). PhD in Sport Physiology (Football), Supervised by Professor Barry Drust dan Dr. Andrew Hulton (England FA Sport Scientist).Program PhD saya diletakkan dibawah program Football Exchange. Football Exchange adalah department yang memberi khidmat kepakaran sains sukan kepada pasukan dalam liga Inggeris dan kelab2 eropah yg lain. Berdasarkan pengalaman saya di Wolves, dan beberapa projek berkaitan Football Science, saya telah diberi kepercayaan untuk mengetuai physiological profiling and fitness evaluation pasukan Huddersfield Town AFC sepanjang season lepas (2016/2017). Alhamdulillah, Huddersfiled Town AFC berjaya layak ke Premier League bagi season ini (2017/2018).

Berdasarkan kejayaan membantu Huddersfield Town AFC, saya diberikan kepercayaan dan tanggungjawab yang besar untuk mengetuai Liverpool FC pre-season fitness evaluation untuk season ini 2017/2018. Saya bertanggungjawab membawa dan melatih team sport science dari Liverpool John Moores University untuk menjalankan fitness test bagi skuad utama dan akademi LFC. Saya juga bertanggungjawab menjalankan analysis data dan menyediakan report ,untuk kegunaan sport scientist Liverpool FC.

Untuk makluman, School of Sport & Exercise science Liverpool John Moores University- World Ranking number 6.

Football Tribe Malaysia: Setelah beberapa tahun berkhidmat dengan kelab bolasepak Inggeris, apakah perbezaan ketara di antara kelab di sana dengan pasukan dari liga Malaysia dari segi sains sukan, aspek kecergasan pemain serta pemakanan ?

Perbezaan Sains Sukan – Sangat jauh berbeza. Pasukan-pasukan disini memunyai sport science department mereka sendiri yang diketuai oleh head of sport science dan tidak kurang dari 6 sport scientist. Pemantauan prestasi pemain adalah dari semua aspek sains sukan. Penggunaan teknologi seperti GPS monitoring,video analysis telah digunakan lebih dari 10 tahun yang lalu.

Kecergasan- saya tak dapat nak bandingkan performance mereka dgn player negara kita sebab tak ada data player negara kita untuk buat comparison. But dari segi latihan kecergasan, saya boleh katakan memang berbeza.

Pemakanan– Di dalam pasukan, Sport Nutritionist and Performance Chef yang bertanggungjawab untuk memantau pemakanan player. Player breakfast and lunch di café club. Sport nutritionist juga akan prescribe makanan untuk pre and post training/match. Individualized.

Football Tribe Malaysia : Boleh tuan ceritakan rutin harian pemain bolasepak kelab-kelab di sana yang boleh dicontohi oleh pemain Malaysia ?

Disini mereka ada training ground lengkap dengan semua facilities termasuk café. Pemain akan datang pagi and stay di club untuk training, rehab, gym session, makan , semua di club. Situasi ini mungkin tidak sama dengan system di Malaysia kerana tidak semua team di Malaysia memiliki training facility yang lengkap. InshaaAllah saya harap di masa akan datang, semua pasukan dalam liga Malaysia akan memiliki semua ini.

Football Tribe Malaysia: Dari segi sains sukan, apakah aspek yang perlu diperbaiki oleh pasukan skuad kebangsaan Malaysia ?

1. Wujudkan sport science department and hire pakar-pakar sains sukan terutamanya yang pakar dalam Football Science. Perlu di ingat. Football Science dan general sport science dua benda yang berbeza.

2.Wajibkan semua team dalam liga implement sport science and wujudkan sport science department dlm pasukan.

Football Tribe Malaysia : Apakah perancangan tuan selepas ini ? Adakah tuan akan pulang berkhidmat di Malaysia setelah tamat belajar atau terus berkhidmat di UK ?

InshaaAllah kalau ada peluang disini, saya akan mengumpul lebih pengalaman disini kerana disini, sport science ni adalah industry. Applied dalam semua sukan. Tapi jika ada pasukan yang bersedia untuk melabur dalam sains sukan, sudah pasti saya akan pulang untuk membantu pasukan di negara kelahiran saya.

Kesimpulannya, daripada pengalaman yang dilalui oleh saudara Firdaus Maasar ia jelas sekali menunjukkan bahawa bolasepak Malaysia memerlukan penglibatan lebih ramai pakar sains sukan. Sains sukan merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji respons manusia terhadap aktiviti fizikal.

Sains sukan bukanlah satu bidang khas yang melatih seseorang supaya menjadi cergas dan cerdas dalam melakukan suatu permainan ataupun aktiviti dan seterusnya ditingkatkan prestasinya. Sebaliknya ia membantu memahami tindak balas badan manusia seperti organ, sistem saraf, sistem otot, dan tenaga dalam badan semasa melakukan sesuatu sukan.

Menurut saudara Firdaus, di England pemain muda mereka sudah bersedia untuk beraksi di peringkat tertinggi.

“Dari physiology, biomechanics, physiotherapy, strength training, performance analysis,nutrition, psychology, semua ini mereka invest untuk team. Semua benda ni mereka implement base on scientific evidence,” katanya.