Berita

Worawoot Srimaka Akui Laluan Sukar Untuk Thailand Di Sukan SEA 2017

Ketua jurulatih skuad U23 Thailand, Worawoot Srimaka, mengakui pasukan mungkin akan menghadapi kesukaran untuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2017, selepas melihat undian yang telah diadakan pada hari Sabtu lalu.

Skuad Thailand diundi dalam kumpulan B yang juga dikategorikan sebagai kumpulan maut – Indonesia, Filipina, Vietnam, Kemboja dan Timor Leste.

“Ia satu undian yang sukar untuk pasukan kami kerana setiap pasukan mempunyai keupayaan yang hampir sama”, menurut Worawoot yang diberi kepercayaan untuk mengemudi pasukan untuk mencatatkan hatrik pingat emas Sukan SEA.

“Saya risau apabila melihat keputusan undian itu.”, tambahnya lagi serta mensasarkan untuk sekurang-kurangnya layak ke separuh akhir.

” Sasaran utama kami adalah untuk layak ke separuh akhir. Saya tidak peduli siapa lawan kami diseparuh akhir. Jika perlu bertemu Malaysia, kami bersedia.”

” Sekarang, fokus saya adalah untuk menyediakan ‘game plan’ untuk perlawanan-perlawanan seterusnya. Saya lebih menekankan untuk menang perlawanan berbanding bermain cantik dan menarik.”