Luar Negara

PSSI Belum Terima Permohonan Rasmi Naturalisasi Spasojevic

Bekaitan isu PSSI sedang membantu Spasojevic untuk mendapatkan kerakyatan Indonesia, PSSI menegaskan pertemuan mereka itu adalah secara tidak formal.

Lewat malam semalam, PSSI melalui wakilnya, Fanny Riawan mengesahkan masih belum menerima apa-apa permohonan rasmi dari Spasojevic untuk dinaturalisasikan.

“Saya mengesahkan bahawa tiada sebarang permohonan rasmi untuk proses naturalisasi dari Spasojevic. Kami hanya menerima permohonan baru dari Ezra Walian ( Belanda-Indonesia) sahaja.”, kata Fanny.

” Untuk membuat keputusan pemain asing untuk dinaturalisasi memerlukan analisis yang komprehensif terutama dari sudut keperluan kepada pasukan kebangsaan.”, tegasnya lagi.

Marco Gracia Paulo, seorang Pengarah Pemain dan Alih Status PSSI, juga memberikan pengesahan masih belum ada sebarang pertemuan rasmi diantara Spasojevic berkenaan permohonan naturalisasi tersebut.

Spasojevic memang telah memenuhi syarat untuk memohon taraf kewarganegaraan Indonesia. Pemain itu telah tinggal selama 5 tahun berturut-turut di Indonesia dan fasih berbahasa Indonesia.

Selain itu, Spasojevic juga sudah berjahwin dengan seorang warga Indonesia dan mempunyai 2 orang anak yang dilahirkan di negara itu.

Beliau ada menyatakan rindu dengan atmosfera bola sepak Indonesia memberitahu sedang menimbang tawaran dari 3 buah kelab disana.