Liga Super Malaysia Berita

TMJ: Gaji Arif Aiman tak sampai RM20,000, tapi beliau bermain bersungguh-sungguh

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan bahawa gaji yang diterima Arif Aiman Hanapi di JDT hanyalah sekitar RM11,000 sebulan pada tahun lalu.

Namun, pemain sayap berusia 20 tahun itu beraksi cukup cemerlang sejak tahun lalu, sehingga memenangi Anugerah Penyerang Terbaik, Anugerah Pemain Muda Terbaik dan Pemain Paling Bernilai bagi musim 2021.

“Saya kenal setiap pemain saya. Daripada akademi hingga ke pasukan utama. Saya juga yang membuat keputusan berkenaan kontrak pemain,” kata TMJ menerusi akaun Instagram miliknya.

“Tahukah anda berapa gaji Arif Aiman tahun lepas? RM11,000 sahaja. Tetapi main bersungguh-sungguh. Kenapa?

“Kerana macam mana saya jaga setiap pemain. Contoh bonus, bonus akan diberikan kepada setiap pemain yang memberi 100% dalam latihan dan dalam perlawanan.”