Amerika Syarikat membelasah Thailand 13-0 pada malam semalam untuk mencatat kemenangan terbesar dalam sejarah final Piala Dunia Wanita, memecahkan rekod kedua-dua kejohanan – lelaki dan wanita.
Alex Morgan menjaringkan lima gol ketika juara dunia meraih kemenangan di Stade Auguste-Delaune di Reims, meninggalkan beberapa pemain Thai kecewa.
Kemenangan ini memecahkan rekod Jerman ke atas Argentina yang menang 11-0 pada peringkat kumpulan Piala Dunia Wanita 2007.
Kejayaan lima gol jaringan Morgan bersamaan dengan angka rekod yang dicetak oleh Michelle Akers, rakannya senegaranya ketika menentang Chinese Taipei pada tahun 1991.
Rose Lavelle dan Sam Mewis kedua-duanya mendaftar nama selaku penjaring buat Amerika Syarikat, sementara Lindsay Horan, Megan Rapinoe, Mal Pugh dan Carli Loyd turut melengkapkan kemenangan 13-0 ke atas Thailand.
Jill Ellis bersemangat untuk mengekalkan status mereka sebagai juara dunia dan tidak menunjukkan belas kasihan kepada lawan dalam aksi Kumpulan F sehingga wisel terakhir.
“Setiap perkara penting dalam kejohanan ini dan itulah yang kami lakukan,” kata Morgan kepada The Independent. “Kami benar-benar klinikal dalam serangan yang kami lakukan.
“Saya terkedu. Bola hanya banyak berpihak kepada saya hari ini dan saya tidak sabar untuk permainan seterusnya.” Katanya.