Malaysia Berita

Malaysia vs Timor Leste : Harimau Malaya catat kemenangan besar di Bukit Jalil

Pengendali negara, Tan Cheng Hoe menukar hampir 50% pasukan dengan memasuk beberapa pemain baharu pada perlawanan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Timor Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Begitupun skuad Harimau Malaya berjaya mengekalkan rekod kemenangan dengan menambah luka lawan dengan jaringan, 5-1 dan secara agregat adalah 12-2.
Ketiadaan Safawi Rasid dan beberapa pemain lain tidak merencatkan permainan Malaysia.
Gol pertama dan kedua yang dijaringkan oleh Sharel Fikir seawal minit ke 11’ dan minit ke 17’ tidak memerlukan Malaysia menunggu lama untuk berada di hadapan, manakala gol ketiga jaringan Sumareh hadir selang 20 minit selepas itu.
Aksi separuh masa pertama tamat dengan dengan jaringan kekal 3-0.
Pada separuh masa kedua, aksi lebih menarik ditampilkan kedua-dua pasukan apabila Akhyar Rashid berjaya menyumbang gol keempat pada minit ke 55’.
Manakala penyerang Perak, Shahrel Fikri berjaya melengkapkan hatrik beliau pada minit ke 64’ sebelum Timor Leste menjaringankan gol saguhati menerusi Rufino Gama pada minit ke 72’
Kemenangan ini bermakna Malaysia layak ke pusingan kedua.