Malaysia Berita

Saksikan Rembat bersama pengurus besar NFDP malam ini!

Pengurus besar NFDP, Muhamad Yusuf Ibrahim bakal membuat kemunculan pertama secara langsung jam 9 malam ini di rancangan Football Tribe iaitu Rembat Episod 5!

Rancangan ini dihoskan oleh Haresh Deol dan Graig Nunis dari Twentytwo13 yang mengupas pelbagai isu mengenai bola sepak tempatan dan antarabangsa.

Rembat menjadi semakin popular apabila Haresh dan Graig menemuramah bekas jurulatih kebangsaan, B Sathiananthan pada Episod 3 yang menyatakan pandangannya mengenai program pembangunan akar umbi.

Untuk Episod 4, mereka mengadakan temubual bersama bekas jurulatih Perak dan Kelantan, Steve Darby yang berkongsi mengenai pengalamannya sepanjang menjadi jurulatih di Asia.

Malam ini, Haresh dan Graig membawakan Yusuf yang pastinya akan berkongsi pengalamannya sepanjang berada di NFDP.

Jangan lepaskan peluang untuk tonton Rembat malam ini hanya di https://live.football-tribe.com/.