Malaysia Berita

Gol Darren Lok bantu Malaysia raih kemenangan berharga ke atas Taiwan

Malaysia meraih kemenangan berharga 1-0 ke atas Taiwan dalam kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Ia merupakan kemenangan kedua dicatatkan skuad negara selepas menewaskan Kyrgyzstan 4-3 minggu lalu.

Malaysia mempunyai deretan peluang di separuh masa pertama namun gagal menghasilkan sebarang gol.

Situasi itu berterusan sehingga 25 minit di separuh masa kedua, memaksa Kim Pan-gon memasukkan penyerang Darren Lok.

Percaturan itu membuahkan hasil apabila Malaysia berjaya meraih gol pada minit ke-72.

Ia hasil rembatan Endrick yang ditepis oleh penjaga gol Taiwan namun ia gagal didakap kemas di hadapan pintu gol.

Pemain pertahanan Taiwan cuba mengeluarkan bola ke luar kawasan bahaya.

Namun, Darren lebih pantas apabila kakinya terus merembat masuk bola melepasi gawang gol.

Keputusan 1-0 itu kekal hingga tamat perlawanan.

Malaysia kini meraih 6 mata daripada 2 perlawanan.