Luar Negara Berita

Ronaldo keluar minyak wangi

Cristiano Ronaldo bukan sahaja seorang pemain bola sepak, tetapi dia juga adalah seorang ahli perniagaan.

Selepas berjaya mengeluarkan seluar dalam CR7 miliknya, kini Ronaldo beralih ke bahagian pewangi.

Penyerang Juventus telah mengeluarkan wangian baru yang diberi nama CR7 Play It Cool.

Perasmian jenama baharu minyak wangi ini telah diadakan di Turin dan disambut dengan meriah.