Luar Negara Berita

Saya hampir keluar dari Barcelona – Messi

Lionel Messi mengakui bahawa dia hampir meninggalkan Barcelona akibat gagal menyesuaikan diri di Sepanyol.

Kontrak pemain terbaik dunia hampir tamat sebelum menandatangani kontrak baharu, dan dia hampir keluar daripada Catalan secara percuma.

“Secara jujur, pada masa itu saya fikir saya akan pergi,” kata Messi kepada RAC1.

“Bukan kerana Barcelona, tetapi kerana saya mahu meninggalkan Sepanyol, saya berasa kecewa dan tidak mahu tinggal di sini lagi.

“Saya mempunyai banyak pintu terbuka, tetapi tiada tawaran rasmi kerana semua orang tahu saya mahu kekal.

Kini, semuanya telah diletakkan di belakang dan dia hanya mahu memikirkan tentang Barcelona.