Kolum Eropah

Mustafi naik angin!

‘Saya bukan pertahanan yang kedua paling teruk di dunia’, itulah respon pertahanan Arsenal, Shkodran Mustafi selepas Marca mengeluarkan keputusan undian dimana Mustafi berada di kedudukan kedua dibelakang Phil Jones sebagai pemain pertahanan terburuk di dunia. Undian tersebut melibatkan 150,000 pengguna atas talian.

Bekas pemain Valencia itu menjelaskan keadaan sebenar yang dihadapinya ketika Arsenal tewas 5-1 keatas Liverpool dan dia sendiri mengakui kecuaian yang telah dilakukan pada perlawanan menentang Crystal Palace musim lepas.

Mustafi yang baru pulih daripada kecederaan dipanggil untuk beraksi tanpa menjalani latihan bersama pasukan kerana jurulatih pasukan memerlukan khidmatnya. Bekas pemenang Piala Dunia 2014 bersama Jerman ini berasa kecewa keatas segala tohmahan dan kritikan yang dilemparkan kepadanya sepanjang musim lepas.

Tambahnya, dunia atas talian sangat menjengkelkan kerana mereka berpeluang berkata apa sahaja tanpa memikirkan apa yang akan terjadi pada orang lain. Dia berharap agar media sosial dihadkan penggunaannya kerana dia bimbang perkara ini akan memberi kesan kepada anaknya di masa depan.

Sokongan dan motivasi yang diberikan oleh isterinya begitu membantu untuk dia terus membuktikan kualiti sebenar. Mustafi masih belum pernah diturunkan dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini. Namun, aksi cemerlangnya ketika menentang Nottingham Forest, Eintracht Frankfurt, dan Standard Liege sedikit sebanyak membawa sinar baru kepada barisan pertahanan Arsenal. Dalam tiga perlawanan tersebut, tiada gol bolos dihasilkan.

(Photo by David Price/Arsenal FC via Getty Images)

Ini juga berita baik buat kem Arsenal kerana saingan sihat diantara pemain-pemain pertahanan akan membantu melahirkan kualiti kubu pertahanan yang baik. Pengendali skuad The Gunners perlu memberi peluang kepada Mustafi untuk berganding bersama seorang lain pemain yang baru pulih daripada kecederaan lutut, Rob Holding.