Selepas pengesahan venue perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2017 diubah dari Stadium Nasional Bukit Jalil ke Stadium Shah Alam, ia boleh diandaikan sebagai ulangan final Sukan SEA 2001 yang lalu.
Dalam edisi ke 21 itu, Malaysia juga merupakan tuan rumah dan Stadium Shah Alam adalah venue perlawanan akhir.
Mungkin secara kebetulan 16 tahun lalu, perlawanan akhir edisi 2001 itu menemukan Malaysia dan Thailand, sementara perlawanan penentuan tempat ketiga adalah Indonesia bertemu Myanmar.
Keputusan?
Malaysia tewas kepada Thailand 1-0 hasil jaringan Sarawut Treepan pada minit ke 87 perlawanan, manakala dalam perlawanan penentuan tempat ketiga, Indonesia juga tewas 1-0 kepada Myanmar hasil jaringan Yan Paing pada minit ke 44.
Semoga para pemain dapat ‘membalas’ kembali kekalahan ini pada aksi final Selasa ini di Stadium Shah Alam!