Sukan SEA

Tiket Final Bola Sepak Tidak Dijual Secara Online

Menurut kemaskini laman twitter rasmi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, semua tiket perlawanan akhir dan penentuan tempat ketiga tidak akan dijual secara online.

Sekretariat  Kuala Lumpur 2017 mengeluarkan sekeping pekeliling rasmi mengenai makluman penjualan tiket bagi aksi perlawanan akhir dan penentuan tempat ketiga acara bola sepak Sukan SEA 2017 kira-kira jam 10:28 malam.

 

Tiket Penyokong Malaysia

Bagi tiket penyokong Malaysia akan dijual di 20 buah kaunter Pintu A dan Pintu B Stadium Shah Alam mulai jam 11 pagi, 28 Ogos 2017 sehingga semua tiket habis dijual.

Untuk setiap pembeli, pihak penganjur telah menetapkan maksimum 5 keping tiket boleh dibeli oleh setiap individu. harga bagi sekeping tiket adalah RM21.20 termasuk GST.

 

Jualan Tiket Penyokong Thailand

Untuk para penyokong Thailand pula, mereka boleh mendapatkan tiket perlawanan akhir di Stadium Malawati, mulai jam 11 pagi, 28 Ogos 2017 sehingga semua tiket habis dijual.

Untuk setiap pembeli, pihak penganjur telah menetapkan maksimum 5 keping tiket boleh dibeli oleh setiap individu. harga bagi sekeping tiket adalah RM21.20 termasuk GST.

Tiket Perlawanan Indonesia dan Myanmar

Bagi penyokong Indonesia dan Myanmar, semua tiket bagi perlawanan penentuan tempat ketiga boleh dibeli di Stadium Selayang mulai jam 11 pagi, 28 Ogos 2017 sehingga semua tiket habis dijual.

Untuk setiap pembeli, pihak penganjur telah menetapkan maksimum 5 keping tiket boleh dibeli oleh setiap individu. harga bagi sekeping tiket adalah RM21.20 termasuk GST.