Liga Super Malaysia

Johor DT Sumbang 61.98% Mata Dalam AFC MA Ranking Malaysia

Selepas tamat perlawanan peringkat kumpulan AFC 2017, Johor DT mencatat 4 kemenangan, 1 seri dan 1 kalah, manakala Felda United pula mencatatkan 1 menang, 2 seri dan 3 kalah.

Berdasarkan formula pengiraan mata AFC Cup, kedua-dua wakil Malaysia ini telah berjaya mengutip 3.000 mata hasil prestasi dalam peringkat kumpulan. Bagaimanapun disebabkan Johor DT telah beraksi dalam saingan play off AFC Champions League, tambahan 0.45 mata telah diberikan, masing masing 0.150 mata ketika bertemu Bangkok United dan 0.300 mata ketika bertemu Gamba Osaka.

Oleh itu, jumlah mata keseluruhan yang telah dikutip oleh kedua-dua pasukan adalah 3.450 mata ( 2.617 mata dari JDT dan 0.833 mata  dari Felda United ).

Bagi tahun-tahun sebelumnya, 2016,2015 dan 2014, yang termasuk dalam pengiraan AFC MA Ranking semasa pula adalah seperti dibawah.

AFC Cup 2014, Selangor Dan Kelantan

Untuk edisi 2014, kedua-dua wakil Malaysia terkandas pada peringkat kumpulan. Selangor, mencatatkan 2 kemenangan, 2 seri dan 2 kalah manakala Kelantan pula hanya mencatatkan 1 kemenangan dan tewas 5 kali.

Jumlah mata yang diperolehi pada 2014 adalah 1.833 mata sahaja, pungutan mata terendah dalam 4 tahun terkini.

AFC Cup 2015, Johor DT dan Pahang

Ini adalah edisi dimana Johor DT berjaya menjadi juara AFC Cup. Dalam edisi ini juga, satu lagi wakil Malaysia,Pahang, berjaya mara ke peringkat suku akhir.

Dari segi pungutan mata, jumlah pungutan keseluruhan untuk 2015 adalah 9.500 mata, dimana 6.677 mata dari Johor DT dan 2.833 mata dari Pahang.

AFC Cup 2016, Johor DT dan Selangor

Bagi edisi 2016, Johor DT mara sehingga peringkat separuh akhir dan Selangor terkandas pada peringkat kumpulan.

Mata yang dipungut untuk edisi 2016 adalah 7.167 mata, dimana pecahnya adalah 5.833 mata dari Johor DT dan 1.333 mata dari Selangor.

 

Peratusan Sumbangan Mata Dalam AFC MA Ranking Malaysia

Jumlah mata yang telah dikumpul dalam 4 tahun terakhir adalah 21.950 mata. Daripada jumlah itu, pecahan peratusan mengikut pasukan bertanding bagi setiap tahun adalah seperti berikut.

2017

Peratusan secara keseluruhannya untuk kiraan semasa pula adalah seperti berikut.

Rumusan

Dari analisis ini, untuk situasi semasa, Johor DT merupkan penyumbang terbesar kepada AFC MA Ranking Malaysia dalam 4 tahun terakhir dengan 61.98%, diikuti oleh Pahang 11.62%, Felda United 3.42% dan Kelantan 2.05%.

Nota: Peratusan ini juga masih belum ditambah dengan 3 mata, selepas layak ke peringkat kalah mati. 3 mata dalam AFC Cup dalam 1/3 dalam AFC Champions League & AFC MA Ranking.