Berita AFC Champions League

JDT tersingkir dari ACL2023, walaupun catat kemenangan besar

JDT tersingkir daripada saingan AFC Champions League musim 2023, meskipun mencatatkan kemenangan 4-1 ke atas BG Pathum di Stadium Sultan Ibrahim.

Ini selepas Ulsan Hyundai berjaya mengikat juara kumpulan, Kawasaki Frontale seri 2-2, sekali gus layak ke pusingan seterusnya.

JDT bagaimanapun ketinggalan pada separuh masa pertama apabila dibolosi oleh penyerang Pathum, Igor Sergeev pada minit ke-25.

Namun, juara double quadruple itu bangkit di separuh masa kedua apabila menjaringkan 4 gol.

Bergson menjaringkan 2 gol iaitu penalti pada minit ke-55 dan satu lagi pada minit ke-66.

Endrick menambah gol ketiga pada minit ke-86 sebelum Arif Aiman melengkapkan kemenangan JDT pada masa tambahan, dengan kedudukan 4-1 kekal hingga tamat perlawanan.

Kemenangan itu menyaksikan JDT meraih 3 mata menjadikan jumlah keseluruhan 9 mata namun tidak cukup untuk mengatasi Ulsan yang meraih 10 mata.

JDT akan kembali beraksi di pentas Asia musim depan menerusi kejohanan baharu iaitu AFC Champions League Elite (ACLE).