JDT diambang penyingkiran ACL apabila dibelasah Kawasaki Frontale 5-0 di Todoroki Athletics Stadium.
Kekalahan itu meletakkan JDT di tangga ketiga dalam Kumpulan I dengan hanya 6 mata daripada 5 perlawanan.
JDT bolos seawal minit ke-8 menerusi pemain sayap Kawasaki, Akihiro Ienaga.
Bagaimanapun JDT berjaya menghalang Kawasaki menambah gol dengan kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Namun, kedudukan itu berubah sekelip mata apabila JDT bolos 4 gol di separuh masa kedua.
Leandro Damiao akhirnya menambah gol kedua pada minit ke-50 dan ditambah Marcinho dengan gol ketiga pada 10 minit kemudian.
Kawasaki tidak berhenti setakat itu apabila Yu Kobayashi pula menjaringkan gol ke-4 pada minit ke-69.
Pemain pertahanan Miki Yamane melengkapkan kemenangan Kawasaki dengan rembatan kencang pada minit ke-88.
Kedudukan 5-0 kekal hingga tamat perlawanan.
Kemenangan itu melayakkan Kawasaki di pusingan seterusnya selepas mencatatkan 5 kemenangan berturut-turut dalam ACL.
Ulsan naik di tempat kedua dengan 9 mata selepas menewaskan BG Pathum 3-1.
Kelab Korea Selatan itu akan bertemu Kawasaki pada 12 Disember ini manakala JDT akan bertemu BG Pathum namun kelebihan memihak kepada Ulsan dengan kelebihan 4 gol berbanding JDT yang bolos 12 gol.