Hector Bidoglio kembali sebagai ketua jurulatih JDT bagi menghadapi musim 2024.
Pelantikan itu dibuat selepas hanya setahun memegang jawatan pengarah teknikal.
Jurulatih berusia 55 tahun dari Argentina itu akan dibantu oleh penolong jurulatih, Pablo Ricchetti dan seorang lagi penolong baharu dari Argentina dan beberapa jurulatih.
“Ini termasuk kakitangan kecergasan dan perubatan yang akan menyertai kelab pada musim hadapan,” kata CEO JDT, Alistair Edwards.
“Aidil Zafuan Abd Radzak juga akan menyertai barisan kejurulatihan Hector.”
Tahun lalu, beliau membimbing JDT menjadi juara dalam Liga Super kali ke-9 serta menjulang Piala Malaysia dan Piala FA.