Malaysia Berita

Perlawanan Persahabatan Skuad Malaysia U22 Di Jepun Sepanjang Bulan Ramadhan

13343141_986317878131643_5008540769208335459_n
Foto: FAM

Ketua jurulatih skuad Projek Sukan SEA 2017, Frank Bernhardt mengumumkan senarai akhir 27 pemain yang akan menyertai kem latihan di Chiba, Jepun dari 10 Jun hingga 28 Jun ini.

Tiga daripada senarai 27 pemain yang telah ke kejohanan bola sepak Nations Cup 2016 di Melaka dari 3 Jun hingga 5 Jun lepas telah digugurkan oleh pengendali dari Jerman itu. Antaranya ialah Muhamad Shahrul Hakim Rahim (Kelantan), Adam Nor Azlin (Selangor) dan Muhammad Firdaus Saiyadi (Perak) dan digantikan tiga muka baharu iaitu; Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar (T-Team), N Thanabalan (Negeri Sembilan) dan Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim (Pahang).

Skuad Bernhardt akan berlepas ke Jepun esok, 10.50 pagi dan dijadual bakal beraksi dalam beberapa siri perlawanan persahabatan seperti dibawah:

  1. Yokohama FC vs Malaysia U22 (13 Jun)
  2. Machida Zelvia FC  vs Malaysia U22(20 Jun)
  3. Shonan Bellmare vs Malaysia U22 (22 Jun)

13418865_991777827585648_7480056278998486004_n

Senarai pemain yang akan menyertai perlawanan persahabatan ini adalah seperti dibawah:

BIL NAMA UMUR POSISI PASUKAN/KELAB
1 MUHAMMAD HAZIQ NADZLI 18 PENJAGA GOL PDRM
2 AHMAD SYIHAN HAZMI MOHAMED 20 PENJAGA GOL KELANTAN
3 AMIERUL HAKIMI AWANG 21 PENJAGA GOL TERENGGANU
4 DINESH A/L RAJASINGAM 18 PERTAHANAN FRENZ UNITED
5 MUHAMAD HAFIY HAIKAL ISMAIL 18 PERTAHANAN JDT II
6 DOMINIC TAN JUN JIN 19 PERTAHANAN JDT II
7 MUHAMAD DANISH HAZIQ SAIPUL HISHAM 19 PERTAHANAN NEGERI SEMBILAN
8 MUHAMMAD ARIF FARHAN MD ISA 20 PERTAHANAN KEDAH
9 SANJEF DINESH A/L R S BASKERAN 20 PERTAHANAN DRB-HICOM FC
10 MOHAMAD ARIF FADZILAH ABU BAKAR 20 PERTAHANAN T-TEAM
11 MOHAMAD FARIS SHAH MOHD ROSLI 21 PERTAHANAN KELANTAN
12 MUHAMMAD IRFAN ZAKARIA 21 PERTAHANAN KUALA LUMPUR
13 MUHAMMAD ZULKHAIRY ZULKEPLY 21 PERTAHANAN UITM FC
14 MOHD ADIB ZAINUDDIN 21 PERTAHANAN UITM FC
15 MOHAMAD FAISAL ABDUL HALIM 18 TENGAH PAHANG
16 MUHAMMAD SYAHMI SAFARI 18 TENGAH SELANGOR
17 MUHAMMAD SAFAWI RASID 19 TENGAH T-TEAM
18 MUHAMMAD ZUASYRAF ZULKIEFLE 20 TENGAH T-TEAM
19 MOHAMMAD FARHAN ROSLAN 20 TENGAH KEDAH
20 MUHAMMAD SYAZWAN ANDIK MOHD ISHAK 20 TENGAH JDT II
21 AHMAD KHAIRIL ANUAR AHMAD ZAMRI 21 TENGAH PERAK
22 NUR SHAMIE ISZUAN AMIN 21 TENGAH SARAWAK
23 MUHD JAFRI MUHAMMAD FIRDAUS CHEW 19 PENYERANG PULAU PINANG
24 NIK MUHAMMAD SHARIF HASEEFY MOHD LAZIM 19 PENYERANG PAHANG
25 THANABALAN A/L NADARAJAH 21 PENYERANG NEGERI SEMBILAN
26 MUHAMAD ARIF MOHAMED ANWAR 21 PENYERANG KUALA LUMPUR
27 MUHAMMAD SYAFIQ AHMAD 21 PENYERANG KEDAH

 

Foto: Sinar
Foto: Sinar

KOMEN KETUA JURULATIH SKUAD MALAYSIA B-22, FRANK BERNHARDT

“Bagi saya, kem latihan ini adalah untuk memberi peluang kepada pemain yang tidak dapat diturunkan pada kejohanan Nations Cup lalu untuk mempamerkan kualiti mereka dan juga bagi memperbaiki aspek kecergasan pasukan secara keseluruhan. Saya masih mencuba untuk mengatur perlawanan persahabatan keempat di sana.

“Adalah penting bagi kita untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan lawan yang kuat dan berada di tahap yang lebih tinggi daripada pasukan Thailand sebagai contoh, supaya pemain dapat membiasakan diri apabila berdepan dengan pasukan-pasukan yang kuat di Sukan SEA tahun depan.

“Adam Nor Azlin masih mengalami kecederaan pangkal paha dan Muhamad Shahrul Hakim pula akan menjalani pembedahan di buku lalilnya. N Thanabalan dan Mohamad Arif Fadzilah digugurkan daripada skuad kejohanan Nations Cup kerana mereka cedera, jika tidak saya jangka mereka pasti akan berada dalam kesebelasan utama pasukan manakala Nik Muhammad Shariff Haseefy adalah pemain yang bermain di posisi yang sama untuk menggantikan Muhammad Firdaus Saiyadi.”