Bagaimana Slot AFC Champions League Bagi Setiap Negara Ditentukan?

Asian-Champions-League-2015

Kebelangkangan ini ramai peminat bola sepak Malaysia masih buntu mengenai bagaimana sesebuah pasukan bola sepak Asia diberikan slot untuk ke kejohanan AFC Champions League.

Ada juga yang sering ‘berdebat’ mengapa pasukan dari Toyota Vietnam League 1 mendapat 1 slot automatik ke peringkat kumpulan, dan kenapa tidak pasukan dari Liga Super Malaysia.

Football Channel Malaysia cuba berkongsi sedikit maklumat berkenaan bagaimana kriteria pembahagian slot ini dibuat oleh pihak AFC.

Nota: Bagi slot AFC Champions League 2015 dan 2016, proses bagi menentukan slot telah dibuat pada bulan November 2014.

Baca Juga: Real Madrid Raih 94 juta Euro Sepanjang Kempen UEFA Champions League 2016

498162236

AFC Champions League.

Bagi menentukan slot ke AFC Champions League, pihak AFC telah mengambil kira ranking AFC Members Association (MA) yang dikeluarkan pada 3 November 2014, seperti dibawah.

2016-02-09_16-04-50

Daripada ranking diatas, akan dipecahkan kepada 2  zon iaitu ‘West Zone’ dan ‘East Zone’, dimana setiap zon akan mempunyai 12 negara (baca: MA).

2016-02-09_16-19-32

Dari setiap zon, kriteria-kriteria berikut telah ditetapkan:

  1. 12 slot automatik diberikan kepada setiap zon. Bermakna akan ada 24 pasukan layak secara automatik ke peringkat kumpulan.
  2. 12 MA teratas akan layak ke saingan AFC Champions League jika memenuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan.
  3. 6 MA teratas akan diberikan sekurang-kurangnya 1 slot automatik peringkat kumpulan manakala MA lain perlu melalui play-off.
  4. Ranking 1 dan 2, akan diberikan 3 slot automatik peringkat kumpulan dan 1 play-off. ( Jepun, Korea, Saudi Arabia, Iran )
  5. Ranking 3 dan 4, akan diberikan 2 slot automatik peringkat kumpulan dan 2 play-off ( Australia, China, Uzbekistan, UAE ). 2 play-off terdiri dari 1 play-off dan 1 pusingan kedua kelayakan play-off.
  6. Ranking 5 akan diberikan 1 slot automatik peringkat kumpulan dan 2 play-off. 2 slot play-off itu adalah pada pusingan kedua kelayakan play-off. ( Thailand, Qatar )
  7. Ranking 6 akan diberikan 1 slot automatik peringkat kumpulan dan 1 kelayakan play off pusingan kedua. ( Vietnam )
  8. Ranking 7 hingga 12 hanya diberikan 1 slot kelayakan play-off pusingan pertama.

 

Nota Penting:

  • Myanmar, Malaysia dan Hong Kong diberikan slot pusingan kelayakan kedua play-off disebabkan ada slot yang tidak digunakan.
  • Indonesia diberikan 1 slot pusingan kelayakan kedua, namun tidak menyertai kejohanan atas sebab PSSI digantung.
  • AFC menetapkan bahawa jumlah maksimum pasukan dari MA untuk bertanding di ACL ialah 1/3 (satu per tiga) dari jumlah pasukan di dalam liga tempatan. Oleh itu, Australia hanya layak menghantar 3 pasukan ke saingan AFC Champions League kerana A League mempunyai hanya 9 pasukan.
  • MA yang bewarna merah tidak layak beraksi kerana digantung FIFA atau tidak memnuhi syarat ‘AFC club licensing’.

 

Bagaimana ranking AFC Members Association (MA) dikira?

2016-02-09_17-18-53

 

Apakah kriteria yang perlu dipatuhi oleh sesebuah kelab untuk layak beraksi dalam kejohanan ‘continental’ AFC seperti AFC Champions League, AFC Cup dan AFC President’s Cup ?

1 2 4 3

Nota: Kriteria diatas mungkin sudah ‘outdated’, tetapi secara dasarnya ia masih boleh dijadikan sebagai panduan semasa.