Berita

Bekas Pemain Perlis FA 1997, Stephen Keshi, Meninggal Dunia Pada Usia 54 Tahun

451451516

Dunia bola sepak Nigeria hari ini mendapat berita mendukacitakan apabila pemain lagenda mereka, Stephen Keshi, meninggal dunia pada usia 54 tahun selepas mengalami sesak nafas di bandar Benin, selatan Nigeria.

Beliau dilaporkan akan kembali ke Amerika Syarikat esok bagi meneruskan tugasnya disana dan menurutnya rakan-rakannya, beliau dalam keadaan sihat dan tidak pernah mempunyai rekod penyakit berkaitan jantung.

Selepas menggantung kasut, beliau terus menimba ilmu kejurulatihan di Amerika Syarikat dan Togo merupakan pasukan pertama menggunakan khidmatnya. Beliau berjaya membawa Togo ke saingan Piala Dunia 2006 buat kali pertama.

5

Sepanjang 20 tahun sebagai pemain bola sepak profesional, Stephen Keshi telag beraksi dibeberapa buah negara seperti, Belgium, Perancis, Amerika Syarikat dan juga Malaysia. Stephen Keshi, satu nama yang bukan asing kepada peminat bola sepak Malaysia era 1997-1998, apabila beliau menyertai pasukan Singa Utara diposisi pertahanan tengah.

Lebih dikenali sebagai “Big Boss” dalam kem Nigeria disebabkan kemahiran kepimpinan, beliau merupakan anggota skuad “Super Eagles” dalam kejohanan Piala Dunia 1994, dimana Nigeria layak ke pusingan kalah mati sebelum tewas kepada Italy.

Stephen Keshi juga baru kehilangan isteri tersayang pada Disember 2015 selepas bertarung dengan kanser dan beliau meneruskan hidup bersama 4 orang anak-anaknya.

RIP Stephen Okechukwu Keshi!