Liga Super Malaysia Berita

Liga Super : Felda United ‘berpeluh’ atasi PKNS FC

Felda United berjaya mencatat kemenangan kedua musim ini selepas terpaksa berhempas pulas menundukkan PKNS FC, 5-4 di Stadium Tun Abdul Razak, malam tadi.

Sebelum ini Felda United tewas tiga perlawanan terdahulu dengan kekalahan terbesar, 6-0 ke atas Melaka United.

Lima gol yang dijaringkan oleh para pemain The Fighters –  Thiago Junio De Aquino, Hadin Azman, Faiz Mazlan serta dua gol dari pemain Singapura, Khairul Amri Kamal – telah berjaya mendapatkan tiga mata penuh.

Menjelang perlawanan ke 17, Felda United bakal bertemu dengan PJ City dan semestinya kedua-dua pasukan mahu mencari tiga mata penuh bagi mengekalkan mereka dalam saingan Liga Super.