Luar Negara Berita

Rasmi : Bintang muda Jepun, Takefusa Kubo sertai Real Madrid

Pemain sayap bintang Jepun, Takefusa Kubo dijadualkan bakal berlepas dari FC Tokyo bagi menyertai gergasi Sepanyol, Real Madrid, menurut Japan Times.

Hanya beberapa hari selepas membuat debut kebangsaan menentang El Salvador dalam perlawanan persahabatan sebelum menjelang Copa America, pemain berusia 18 tahun itu telah bersetuju dengan Real Madrid dengan butiran lanjut bakal diumumkan dalam masa terdekat.

Menurut akhbar sukan Sepanyol, Marca, Kubo ditawarkan gaji sebanyak €1 juta dan kontrak selama lima tahun. Tambahan daripada itu, Real Madrid telah membayar €2 juta kepada FC Tokyo sebagai yuran perpindahan.

Barcelona dan Paris Saint-Germain juga dikhabarkan sedang bersaing untuk mendapatkan khidmat Kubo.