Liga Super Malaysia Berita

Rasmi : Dominic Tan sertai pasukan Liga Thailand secara pinjaman

Pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim, Dominic Tan telah menyertai pasukan Liga 1  Thailand hari ini.

Perkara ini disahkan oleh Facebook rasmi Johor Southern Tigers di mana beliau akan menghabiskan pinjaman sehingga akhir musim ini.

Dalam kenyataan terbabit turut menyebut bahawa Dominic Tan akan dipinjamkan ke Trat FC bagi mendapatkan pengalaman bermain di liga luar negara.

“Trat FC kini berada di tempat keenam liga Thailand dan perjanjian pinjaman itu memberikan Dominic peluang yang baik untuk mendapatkan pengalaman dalam liga tertinggi Thailand sebagai sebahagian daripada perkembangan beliau sebagai pemain.”

Pemain pertahanan berusia 22 tahun ini dilihat sebagai nadi kepada masa depan JDT dan skuad negara.

DOMINIC BERPINDAH KE LIGA TERTINGGI THAILAND SECARA PINJAMANPemain pertahanan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT)…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Friday, 14 June 2019