Liga Super Malaysia Berita

Liga Super : PKNP FC ikat JDT di Manjung

PKNP FC berjaya mengikat juara lima kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, malam tadi.

Walau bagaimanapun, gawang gol PKNP FC dibolosi seawak minit ke-4 menerusi Diogo Luis Santos menerusi sepakan padu menewaskan Khairul Thaqif, penjaga gol PKNP FC.

Tetapi anak buah Abu Bakar Fadzim tidak mudah mengalah dan hasilnya 10 minit selepas itu Giancarlo Lopes Rodrigues menjaringkan gol penyamaan buat PKNP FC.

Aksi kedua-dua pasukan bertambah rancak dengan pemain tengah JDT, Mohd Afiq Fazail dilayangkan kad merah.

Keputusan seri kekal sehingga wisel penamat.