Liga Super Malaysia Berita

Liga Super : Kedah gagal manfaat peluang

Kedah gagal memanfaatkan peluang bermain di halaman sendiri apabila sekadar mencatat keputusan seri dengan Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Kedua-dua pasukan yang hadir dengan misi untuk mencari tiga mata penuh sebaliknya gagal untuk mencari gol pendahuluan.

Tuan rumah bagaimanapun mengasak lebih garang dengan beberapa cubaan antaranya sepakan bebas pemain baharu Kedah, Edgar Bernhardt yang hampir mengejutkan gawang Pahang.

Pahang juga mempunyai cubaan terbaik pada minit ke-30 menerusi sepakan percuma yang diambil oleh Safuwan Baharudin tetapi sepakannya melepasi gawang.

Keputusan kekal o-o sehingga tamat permainan dengan Pahang kekal berada di tangga kedua Liga Super dan Kedah kekal di tangga ketiga.