Liga Super Malaysia

Syarat-Syarat Jersi Yang Ditetapkan Untuk Pasukan Bola Sepak J League

57

Mungkin bagi kita, perkara-perkara berkaitan dengan “arrangement” nama penaja pada jersi pasukan tidak penting tetapi bagi orang Jepun perkara ini sangat dititik beratkan. Mereka cukup teliti dalam perkara sebegini, tetapi inilah standard dan tahap profesional yang telah digariskan dalam saingan J League dan jika tidak diikuti, pasukan boleh hilang kelayakan untuk beraksi.

Syarat-syarat jersi pasukan yang beraksi dalam J League mengikut syarat ke 5, jersi pasukan dalam saingan bola sepak Jepun perlu mempamerkan nama pasukan dan nombor jersi. Selain dari itu, hanya nama “hometown”, nama pemain, pengeluar jersi dan penaja atau advertorial sahaja dibenarkan.

Berikut adalah saiz dan bahagian jersi yang dibenarkan untuk mempamerkan perkara perkara diatas.

1) Nama pasukan

Urawa-Red-Diamonds-2015-Home-Kit (4)
i) Emblem pasukan dibahagian atas dada kiri jersi dan bersaiz tidak melebihi 100cm persegi.
ii) Nama pasukan ( bukan emblem ) perlu dipamerkan dibahagian depan atau kiri dada dan tidak melebihi 300cm persegi.
iii) Emblem pasukan boleh dipamerkan di seluar dan stokin. Jika seluar, dibahagian kiri atau kanan tidak melebihi 50cm persegi manakala untuk stokin dibahagian kiri atau kanan dengan tidak melebihi 50cm persegi.

2) Nombor Jersi

kawasaki-frontale-release-unique-kit-to-commemorate-new-main-stand-2
i) Warna nombor perlu berbeza dan kontra dengan warna material jersi, serta perlu jelas kelihatan.
ii) Saiz dan Bahagian
– Dibahagian belakang jersi, ketinggian antara 25-35 cm.
– Dibahagian depan jersi, samada kiri, kanan atau tengah, ketinggian antara 10-15 cm.
– Dibahagian seluar ( depan sahaja) , samada kiri atau kanan ketinggian antara 10-15cm.
iii) Hanya nombor 1 hingga 99 dibenarkan, 0 tidak diterima.
iv) Jika pemain yang didaftarkan mempunyai ketinggian kurang dari 150 cm, saiz nombor nama dan penaja serta advertorial boleh diubah mengikut kesesuaian saiz jersi.

3) Hometown / Base Pasukan

BR9NdAUCEAE_vbt
Dibahagian lengan jersi dan tidak melebihi 50 cm persegi

4) Nama Pemain

mjicnuZ-1024x768
Dibahagian belakang jersi, diatas nombor dengan ketinggian huruf tidak melebihi 7.5 cm. Jika ada nama penaja dibahagian atas, nama pemain dibenarkan dibahagian bawah nombor.

5) Penaja / Advertorial

27a1ae012431ac60b6b5aea5c4e24ba0
i) Tidak dibenarkan terlalu menonjol dan tidak menggunkan material yang berbahaya kepada pemain.
ii) Hanya 3 bahagian dibenarkan pada jersi, dan 1 bahagian pada seluar.
iii) Hanya 1 syarikat atau penaja dibenarkan untuk setiap bahagian.
iv) Bahagian dan Saiz adalah seperti dibawah:
– Seluar kiri bahagian depan dan saiz tidak melebihi 80cm persegi
– Jersi bahagian depan : Diatas atau dibawah nombor dengan saiz tidak melebihi 300 cm persegi
– Jersi bahagian belakang : Diatas atau dibawah nombor dengan saiz todak melebihi 200 cm persegi.
– Lengan kiri jersi tidak melebihi 50 cm persegi.

6) Pengeluar Jersi / Logo

Kashima-Antlers-2015-Home-Kit-5
– Dibahagian dada kiri atau kanan 20 cm persegi kebawah.
– Dibahagian seluar, kiri atau kanan dengan saiz 20 cm persegi kebawah.
– Stokin : 10 cm persegi kiri dan kanan ( luar dan dalam ) , 20 cm persegi kiri dan kanan ( luar sahaja).
– Dibahagian bahu : Tidak melebihi 10 cm persegi kiri atau kanan.

 

Untuk info lebih banyak info sila like Facebook Football Tribe Malaysia