JDT muncul juara Piala Malaysia 2023 apabila menewaskan Terengganu 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kemenangan itu menyaksikan JDT memenangi kesemua piala musim ini iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super dan terbaru Piala Malaysia.
Bukan itu sahaja, ia merupakan tahun kedua berturut-turut JDT menyapu bersih semua piala, pencapaian yang dikecapi tahun lalu.
Ia juga merupakan kali keempat JDT memenangi Piala Malaysia selepas 2017, 2019, 2022.
JDT mendahului seawal minit ke-5 jaringan Bergson yang berjaya menyempurnakan sepakan penalti.
Terengganu bagaimanapun menyamakan kedudukan pada minit ke-20 hasil jaringan penalti yang disempurnakan oleh Ivan Mamut.
Kedudukan 1-1 kekal sehingga separuh masa pertama.
Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sepanjang 20 minit di separuh masa pertama namun gagal menghasilkan sebarang gol.
Serangan JDT akhirnya berhasil apabila pemain gantian Feroz Baharuddin menjaringkan gol kedua JDT pada minit ke-72.
Terengganu cuba menyamakan kedudukan namun gagal berbuat demikian sehingga tamat perlawanan.
JDT melengkapkan kemenangan dengan jaringan Arif Aiman yang menyempurnakan sepakan penalti di hujung perlawanan dan keputusan 3-1 kekal hingga wisel penamat.